Nissan lancar Almera 1.0 Turbo Sportech-X di Thailand - varian sporti bermula dari RM87k

oleh Mohamad Hanif|
Di negara jiran Thailand, Nissan baharu sahaja memperkenalkan varian Almera yang lebih sporti dinamakan sebagai Almera 1.0 Turbo Sportech-X dengan tanda harga bermula dari 695,000 baht (RM87,105).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mengambil asas daripada varian 1.0 Turbo VL Sportech, versi Sportech-X ini didatangkan dengan penambahan ciri seperti rim aloi bersaiz 16 inci rekaan baharu, tip ekzos krom, serta emblem Sportech-X pada beberapa tempat.
 

Almera


Untuk ruang kabin pula didatangkan dengan pedal sport, sistem pencahayaan ambien merah, kerusi balutan kulit Sportech-X, dan alas lantai Sportech-X.

Dari segi kuasa, Nissan Almera masih mengekalkan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang mampu menjana kuasa 100 PS dan 152 Nm, dipadankan dengan transmisi XtronicCVT dengan D-Step Logic.
 

Almera


Sistem gantungan sedan segmen B ini terdiri daripada topang MacPherson dengan spring gegelung Tokico dan bar anti-oleng, sementara bahagian belakang pula menampilkan sistem torsion beam, spring gegelung Tokico dan bar penstabil.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…
Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Berita Domestik
Susulan itu katanya, seramai 10 anggota dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu…