Nissan lancar kereta hibrid, EV sahaja bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Disebabkan peraturan emisi Euro 7, tidak ramai pengeluar yang berani mengambil risiko untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman yang mampu memenuhi piawaian terbaharu itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripadanya adalah Nissan, dan pengeluar Jepun itu mengambil langkah berikutnya dengan menghentikan secara terus penawaran model berenjin pembakaran dalaman tulen bermula tahun 2023.

Untuk itu, Nissan akan melancarkan tidak kurang daripada enam buah model baharu pada tahun ini yang terdiri daripada model kenderaan elektrik (EV) dan hibrid elektrik sahaja bermula musim panas tahun ini.

Malah, Nissan turut merancang untuk memperkenalkan sehingga 23 buah model berelektrik menjelang tahun 2030.

 


Ini membolehkan Nissan mencapai sasaran 75 peratus daripada jumlah jualan di Eropah yang terdiri daripada kenderaan berelektrik menjelang 2026, dengan sasaran 100 peratus menjelang akhir dekad ini.

Di Eropah, Nissan sebelum ini telah melancarkan Juke dan Qashqai versi hibrid, diikuti dengan model LEAF yang telah dikemaskini untuk tahun ini.

Nissan juga sedang bekerja keras untuk memastikan keseluruhan ekosistem produksi dikuasakan oleh tenaga yang boleh diperbaharui demi mencapai neutral karbon penuh menjelang 2050.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…