Nissan lancarkan bilik pameran dalam talian

oleh SALINA JALIL|
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, ke semua bilik pameran dan bahagian operasi syarikat kenderaan kereta akan terus ditutup sehingga 28 April, mungkin lebih lama lagi sekiranya pandemik ini masih berleluasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Di atas keperihatinan ini, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah melancarkan Bilik Pameran Dalam Talian Nissan untuk mempermudah dan membolehkan pelanggan yang berminat dengan jenama kenderaan Nissan, mengakses menerusi laman web rasmi syarikat itu.

 

Laman web tersebut telah dikemaskini dan dipertingkat bagi membolehkan pelanggan mengemukakan borang untuk pertanyaan lanjut mengenai jualan atau mengatur tempahan kenderaan.

 

Dalam tempoh 24 jam selepas borang dihantar, anda akan dihubungi oleh wakil jualan Nissan.

 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menetapkan janji temu untuk sesi pandu uji selepas Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan.

 

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut seperti mana yang tertera di bawah: 

 

Menurut ETCM, semua proses pendaftaran dan penyerahan kereta akan diteruskan selepas PKP.

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi Nissan Customer Car Centre di talian 1800-88-3838 atau lawati laman web rasmi di sini.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Pakej KURO berharga RM8,000 itu merangkumi kit aero yang dibangunkan oleh TOMEI Jepun, terdiri…
Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Model Terbaharu
Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih…