Nissan LEAF ini mempunyai enjin 13,000 rpm Kawasaki ZX-10R

oleh Mohamad Hanif|
Anda ada sebuah Nissan LEAF generasi pertama? Ada enjin Kawasaki? Dan pelbagai jenis komponen kereta yang tidak digunakan?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Anda boleh mengubah kereta elektrik itu menjadi sebuah EV yang mampu menawarkan pemanduan yang lebih mengujakan.

Saluran YouTube SuperfastMatt memperlihatkan konsep modifikasi dengan menggandingkan enjin 998 cc daripada Kawasaki ZX-10R untuk menghasilkan sebuah kereta plug-in hybrid berkuasa 280 hp dan garis merah mencecah 13,000 rpm!
 

kawasaki


Menurut Derek Young, Nissan LEAF dipilih sebagai kereta projek kerana harganya yang murah.

Proses pengubahsuaian bukanlah mudah, Young terpaksa mengubahsuai subrangka belakang daripada Lexus IS350 sebelum komponen daripada ZX-10R itu dipasang, seperti enjin serta tangki bahan api.

Disebabkan kedudukan enjin baharu itu berada di atas gandar belakang, jadi Young membuat keputusan untuk memisahkan ruang kabin depan dengan mendirikan dinding akrilik, sementara sistem kemasukan udara sisi telah dipasang pada tingkap sebelah kanan.
 

LEAF


Menariknya, Young telah memasang sebuah dial pada bahagian papan pemuka yang mampu menetapkan nisbah kuasa hibrid yang diperlukan, mod EV tulen (jarak gerak hanya 40 km!) atau mod kuasa penuh.

Dengan modifikasi yang agak unik ini, Nissan LEAF bernadikan Kawasaki kini berstatus sebuah kereta plug-in hybrid.

Selain daripada enjin Kawasaki, Young turut menggunakan pelbagai komponen daripada kereta yang berbeza.

Seperti contoh, angkup brek depan daripada Nissan 370Z, rotor brek hadapan Ford Mustang, sistem brek belakang Lexus IS350, sebelum diakhiri dengan rim Enkei yang dibaluti tayar Nexen.

 


Untuk kebanyakan masa, Nissan LEAF hibrid 281 hp ini digunakan untuk sesi pemanduan di dalam litar yang dibantu dengan ngauman enjin ZX-10R yang mampu mencecah putaran enjin 13,000 rpm.

Sumber: YouTube SuperfastMatt

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…