Nissan Leaf kekal EV nombor satu dunia - 400k unit terjual!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Nissan minggu lalu, hatchback berkuasa elektrik Nissan Leaf kini sudah berjaya melepasi 400,000 unit jualan.

Ini menjadikan Nissan Leaf sebagai kereta elektrik pertama yang berjaya memecahkan rekod jualan jika dibandingkan dengan pesaing terdekatnya, Tesla Model 3 dan Chevrolet Bolt.

Nissan Leaf kini sudah pun memasuki generasi kedua dengan penguasaan kira-kira 50 pasaran seluruh dunia, dengan enam pasaran baharu di Amerika Latin bakal tersenarai menjelang setengah tahun pertama 2019.

Manakala tujuh buah pasaran Asia dan Oceania pula bakal berbuat demikian menjelang akhir tahun 2019.
 


Di Eropah, Nissan Leaf kekal sebagai EV paling laris selain masih kekal terunggul sebagai kenderaan paling laris di Norway, mengalahkan kenderaan EV dan bukan EV di sana. 

Sehingga kini, Nissan Leaf diproduksikan di tiga fasiliti pemasangan yang berbeza; Oppama di Jepun, Sunderland di England dan Smyrna di Tenn. 

Sebagai perbandingan, Tesla Model 3 sudah pun terjual melebihi 140,000 manakala Chevrolet Bolt pula sebanyak 52,000 unit sejak kedua-dua model tersebut memulakan produksi. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang…