Nissan Leaf - Sejarah kejayaan Nissan menghasilkan EV

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Kebanyakkan syarikat pengeluar kini sedang rancak dalam menghasilkan pelbagai model kenderaan elektrik (EV) bagi mengekalkan saingan mereka dalam pasaran yang tertumpu ke arah EV atau kenderaan tenaga baharu (NEV).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Apabila disebut mengenai EV, pasti ramai akan tertumpu pada jenama besar seperti Tesla, yang merupakan pengeluar EV terbesar di pasaran.

 

2

 

Namun, tahukah anda bahawa antara perintis atau pendahulu terawal yang menghasilkan EV adalah salah satu jenama gergasi dari Jepun, iaitu Nissan.

Pada tahun 1947, sebuah syarikat baharu di Jepun iaitu Tokyo Electro Automobile yang kemudiannya dikenali sebagai Prince Motors telah menghasilkan EV Tama dikuasakan dengan motor elektrik menghasilkan 4.5 HP.

 

3

 

Ya, kuasa yang dihasilkan oleh kebanyakan kapcai masa kini, penghasilan model EV Tama merupakan tindak balas dari isu kekurangan bahan api yang teruk pada masa tersebut.

Tama mampu membawa 4 orang termasuk pemandu dengan keupayaan untuk bergerak sejauh 100 km, bukan sekadar konsep, EV tersebut telah dijual sebanyak 1,100 unit pada masa tersebut.

 

4

 

Pada tahun 1996 pula, Nissan berjaya menghasilkan sebuah EV pertama yang dikuasakan oleh pek bateri ion litium dengan keupayaan untuk bergerak sejauh 200 km.

Pada masa kini, kebanyakkan pengeluar telah menggunakan teknologi pek bateri ion litium dalam menghasilkan EV dengan jarak gerak yang lebih jauh.

 

4

 

Pada tahun 2010 selepas lebih 6 dekad model Tama membuat kemunculan, Nissan telah memperkenalkan model EV dengan produksi besar-besaran pertamanya iaitu Leaf.

Kemunculan Nissan Leaf telah memberikan impak yang besar kepada industri automotif, terutamanya apabila dunia kini sedang ke arah sifar pelepasan dan neutraliti karbon.

 

4

 

Nissan Leaf berjaya mengubah kebanyakan persepsi orang ramai mengenai EV, dimana model itu menawarkan kuasa pecutan, kendalian hebat dan prestasi pemanduan lancar yang sesuai untuk kegunaan harian.

Keluasan bahagian kabin dan ruang yang mampu memuatkan 5 orang pada Nissan Leaf menjadikan ianya model EV yang selesa dan sesuai untuk kegunaan bandar.

 

7

 

Sehingga hari ini bersama 2 generasi, lebih 600,000 unit Nissan Leaf telah di 59 pasaran dunia termasuk Malaysia, dimana ia dijamin untuk memiliki ketahanan dan keselamatan terbaik bagi sebuah EV.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  JVC KENWOOD juga menawarkan produk sama dan dijual secara dalam talian. Bateri mudah alih ini…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Anda boleh mengubah kereta elektrik itu menjadi sebuah EV yang mampu menawarkan pemanduan yang…