Nissan Magnite 2021 pencabar baharu SUV segmen B di India

oleh Mohamad Hanif|
Pada asalnya ia dihasilkan untuk jenama murah Datsun, akhirnya SUV ini muncul di pasaran India menggunakan nama syarikat induk, iaitu Nissan Magnite menerusi pelancaran rasminya sebentar tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Magnite mendapat nama daripada dua perkataan - magnetic dan ignite - dan direka untuk negara-negara yang sedang membangun.

Nissan Magnite mempunyai saiz dimensi yang mampu bersaing di dalam kelas sub-4 meter yang sudah tersedia sesak di India, dan penampilan luarannya diserikan dengan gril yang direka semula, skid plate, diffuser belakang serta rekaan grafik lampu baharu untuk hadapan dan belakang.
 

 
Saiznya yang kecil tidak bermakna ia sebuah produk yang cikai, memandangkan Nissan banyak menyumbat beberapa teknologi moden seperti contoh lampu utama LED, penapis udara terbina dalam, slot pengecasan nirwayar, sistem infotainmen 8 inci dengan sambungan nirwayar kepada Android Auto dan Apple CarPlay, pembesar suara JBL, kamera 360 darjah, dan sistem cruise control.

Di hadapan pemandu terdapat skrin TFT bersaiz 7 inci, selain kehadiran ciri seperti butang pandu mula, tingkap elektrik, cermin sisi elektrik serta kehadiran perehat tangan di bahagian tengah yang cukup besar.

 


Nissan Magnite menawarkan ruang kaki terbesar di dalam kelasnya, serta ruang kargo berkapasiti 336 liter yang boleh dibesarkan dengan melipat tempat duduk baris kedua dalam nisbah 60:40.

Dibina atas platform CMF-A yang dikongsi dengan Renault Triber, Nissan Magnite didatangkan dengan enjin tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo yang berupaya menjana 95 hp dan dipadankan dengan transmisi CVT.

Varian enjin yang kurang berkuasa pula adalah enjin aspirasi natural 1.0 liter (tiga silinder) dengan angka output 70 hp dan transmisi manual lima nisbah kelajuan.

 


Walaupun kecil, Nissan Magnite mampu menawarkan jarak kelegaan tanah setinggi 205 mm selain menawarkan ciri seperti Bantuan Mula Mendaki, sistem kamera 360 darjah, cruise control.

Ia dijadualkan akan mula dijual seawal tahun hadapan di India, dan diikuti oleh pasaran lain.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan…
Berita Global
  Sudah menjadi trend pengeluar untuk menawarkan edisi berwarna dan paling popular ialah Black…
Informasi
  Magnite asalnya dirancang untuk Datsun dan ditukar kepada Nissan pada fasa pembangunan akhir.…