Nissan Magnite diperlihatkan di India - SUV terkecil dari Nissan

oleh Mohamad Hanif|
Kedatangan ahli keluarga baharu ke dalam barisan SUV, Nissan Magnite turut mengesahkan bahawa model yang diperlihatkan di India itu sebenarnya merupakan SUV terkecil di dalam keluarga Nissan global.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan Magnite mendapat namanya daripada gandingan perkataan 'magnetic' dan 'ignite', sebuah produk yang dijangka bakal menarik perhatian dan pencetus era baharu Nissan di India.

Model konsep yang asalnya dari jenama Datsun ini difahamkan akan hadir dalam versi produksi menjelang akhir tahun 2020 dengan beberapa perubahan yang disesuaikan dengan pasaran.

 

 


Elemen Datsun boleh dilihat menerusi kehadiran lampu DRL yang cukup besar serta gril hadapan berbentuk oktagon, manakala selebihnya membawakan inspirasi daripada SUV Nissan Kicks.

Rekaan dalaman tidak didedahkan buat masa ini, namun Nissan mendakwa Magnite bakal menawarkan ruang yang terbesar di dalam SUV segmen B.

Namun, beberapa ciri telah disahkan seperti sistem infotainmen bersaiz 8 inci, teknologi terhubung, kamera keliling 360 darjah dan kawalan pelayaran, manakala sistem kawalan iklim automatik dan stereng multi-fungsi turut dikatakan menjadi sebahagian daripada pakej opsyen.

 


Menurut laporan daripada Autocar India, Nissan Magnite akan hadir di pasaran India menjelang Januari 2021 dengan dua pilihan trenkuasa.

Versi asas akan dilengkapkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter NA (kongsi dengan Renault Triber) menghasilkan 72 kuasa kuda, serta padanan transmisi manual lima nisbah kelajuan serta opsyen kotak gear automatik.

Pilihan enjin kedua pula adalah enjin turbo 1.0 liter tiga silinder sebaris berkuasa 95 hp dengan transmisi manual lima kelajuan atau CVT.

 


Menurut Pengarah Urusan Nissan Motor India, Rakesh Srivastava, "Nissan Magnitte dibangunkan berdasarkan falsafah "Made In India, Make for The World", dan membawakan anjakan evolusionari terhadap DNA SUV Nissan.

"Kami yakin (Magnite) bakal menjadi game-changer didalam segmennya, serta mendefinisikan semula SUV segmen B di dalam industri.