Nissan Magnite - SUV cilik untuk pasaran India

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun keadaan Nissan kini boleh dikatakan agak membimbangkan, ia tidak menghalang pengeluar daripada Jepun itu untuk terus hadir dengan model baharu, setidak-tidaknya untuk pasaran yang lebih memerlukan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ia dilihat menerusi gambar teaser sebuah SUV kecil yang dikategorikan di dalam segmen B yang dikhususkan untuk pasaran India, dan bakal dinamakan sebagai Nissan Magnite.

Menurut Nissan, SUV bajet ini bakal diperkenalkan buat kali pertama pada 16 Julai ini, diikuti pelancaran di India pada Januari 2021 manakala fasa produksi pula akan menyusul pada separuh kedua tahun fiskal 2020-2021.

 


Berdasarkan gambar acah yang didedahkan, ia membawakan reka bentuk lampu utama yang serupa dengan SUV Kicks facelift yang dilancarkan baru-baru ini.

Namun, terdapat beberapa elemen Datsun seperti gril oktagon dan lampu nyalaan siang berbentuk L turut wujud pada SUV ini, ini kerana Nissan Magnite ini pada asalnya direka untuk memakai lencana Datsun.

Laporan daripada Autocar India turut menyebut Nissan Magnite bakal menjadi model Nissan paling kecil di dunia, dengan jarak dimensi panjang secara keseluruhannya dibawah empat meter sahaja!

Selain daripada itu, Nissan Magnite juga difahamkan bakal hadir dengan rekaan yang stailo serta kelengkapan berteknologi seperti Nissan Intelligent Mobility.

 


Enjin yang digunakan pula adalah nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter yang berkongsi dengan Renault Triber dan mampu menghasilkan 72 kuasa kuda, dan dipadankan dengan transmisi manual lima nisbah kelajuan.

Manakala opsyen enjin kedua pula adalah enjin 1.0 liter turbo tiga silinder sebaris yang menghasilkan 95 hp dan padanan transmisi manual atau CVT.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Satu lagi pilihan ialah enjin 1.0 liter tiga silinder naturally-aspirated berkuasa 72 bhp dan…
Berita Global
  Sudah menjadi trend pengeluar untuk menawarkan edisi berwarna dan paling popular ialah Black…
Informasi
  Magnite asalnya dirancang untuk Datsun dan ditukar kepada Nissan pada fasa pembangunan akhir.…