Nissan Magnite, SUV kecil buatan India dengan enjin 1.0L 3 silinder

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Magnite
Nissan Magnite
Kenderaan Utiliti Sport atau SUV sekarang ini menjadi pilihan ramai. Tidak kira Lamborghini, Bentley, Dacia, Perodua atau Chery semuanya ada model SUV.

Bukan sahaja jenama, SUV juga hadir dalam pelbagai saiz dari sekecil segmen A hingga ke saiz penuh tiga baris tempat duduk.

Satu daripada SUV saiz kompak ialah Nissan Magnite. Ukuran panjang hampir 4 meter atau 3,994 mm dengan lebar 1,758 mm dan tinggi 1,572 mm.

Saiz ruang bagasi ialah 336 liter dan meningkat kepada 690 liter apabila kerusi belakang direbahkan.

Sebagai perbandingan, Perodua Ativa berukuran 4,030 mm, lebar 1,710 mm dan tinggi 1,635 mm.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
NISSAN HRAO

 

Magnite asalnya dirancang untuk Datsun dan ditukar kepada Nissan pada fasa pembangunan akhir.

SUV ini dibina menggunakan platform CMF A+ yang juga berkongsi dengan Renault Triber dan Kiger.

Dari segi susunan, Magnite diletakkan di bawah Nissan Kicks.

Mengerakkan Magnite ialah enjin HRA0 1.0L 3 silinder turbo dengan kuasa 98.6 bhp dan tork 152 Nm yang dipadan bersama transmisi X-Tronic CVT.

Enjin turbo yang digunakan sama seperti Nissan Almera. Satu lagi pilihan ialah enjin aspirasi normal 1.0L tiga silinder berkuasa 72 bhp dan tork 96 Nm.

Selain CVT, pengguna turut ditawarkan transmisi manual lima kelajuan.

 

Nissan Magnite

 

Dari segi keselamatan, Magnite pasaran India dilengkapi dua beg udara, ABS dengan EBD dan pelbagai lagi.

Magnite turbo lebih lengkap dengan Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Kawalan Penstabilan dan Bantuan Mula Mendaki.

Penarafan ujian pelanggaran ASEAN NCAP meletakkan Magnite pada skor 4 bintang.

Bercakap tentang India, Magnite hanya dipasang di Chennai dan dieksport ke merata buah negara. 

Model ini dibangunkan mengikut falsafah Make in India, Make for the World dan tidak mengambil masa lama untuk dieksport ke 15 buah negara.

Pasaran paling hampir dengan negara kita ialah Brunei dan Indonesia.

 

Nissan Magnite

 

Selepas dilancarkan pada Disember 2021, sebanyak 78,000 tempahan diterima di India sahaja dengan 6,344 unit lagi dihantar ke luar negara.

Berdasarkan angka tersebut, keputusan untuk menghasilkan Magnite di India adalah tepat. 

Selain dua jiran kita Magnite dieksport ke Afrika Selatan, Nepal, Bhutan, Bangladesh, Sri Lanka, Brunei, Uganda, Kenya, Seychelles, Mozambique, Zambia, Mauritius, Tanzania dan Malawi.

 

Nissan Magnite

 

Berkenaan harga, Magnite 1.0 Turbo dijual di Indonesia dari Rp 2,506,500,00 (RM75,439) hingga Rp 2,786,000,00 (RM83,852).

Dengan saiz kompak dan enjin kecil, Magnite nampak menarik jika ditawarkan di pasaran tempatan. Cumanya, perlu bersaing dengan Perodua Ativa.

Di Indonesia lebih lagi, bersaing dengan Daihatsu Rocky dan Toyota Raize.

Kredit foto: Nissan. Penulis: Muhammad Md Tajudin

Nissan Magnite

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…