Untuk memecahkan stereotaip tersebut, Nissan telah menerbitkan sebuah video ringkas bagaimana hatchback elektrik Nissan LEAF sebenarnya sebuah kereta yang seronok dipandu.
Atau mungkin terlebih seronok sekiranya ia dipandu oleh pakar pemanduan stunt..
Aksi drift yang biasanya dilakukan oleh kenderaan berpacuan roda belakang (roda depan juga boleh sebenarnya) dan enjin pembakaran dalaman ternyata tidaklah menjadi satu masalah buat Nissan LEAF.
Dengan kuasa 150 hp dan 320 Nm daya kilas yang pantas didapati, pemandu aksi lasak tersebut mampu menjadikan Nissan LEAF sebuah hatchback yang seronok untuk dipandu selain melakukan aksi donut dan burnout.
Meskipun aksi drift bukanlah kegemaran anda, Nissan LEAF sebenarnya sudah terbukti sebuah kereta elektrik yang seronok untuk dipandu seharian.
Ini kerana kedudukan bateri yang terletak rendah di bahagian lantai menjadikan titik graviti kereta lebih rendah menyumbang kepada pengendalian dan pemanduan yang lebih baik, terutama ketika meratah selekoh (ayat kegemaran penulis).
Jadi, ringankan tangan anda dan nikmati input pemanduan ringkas kami berkenaan Nissan LEAF 2019 yang dilancarkan untuk pasaran Malaysia tempoh hari.