Nissan mahu kurangkan 10 peratus model global - tidak terkecuali model kecil dan coupe

oleh Mohamad Hanif|
Susulan kepada pengumuman pemberhentian lebih 12,500 tenaga pekerja di seluruh dunia, model-model kecil keluaran Nissan dan juga coupe dua pintu bakal menjadi mangsa seterusnya tidak lama lagi.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Menurut Nissan, mereka mensasarkan pengurangan produksi global sekurang-kurangnya 10 peratus menjelang Mac 2022, dan ini termasuklah jenama aras mula Datsun dan jenama mewah Infiniti. 
 


Walaupun sebelum ini Nissan telah menjalankan kajian yang menyebut anak muda masa kini lebih gemar kepada sedan, namun realitinya tidak seindah yang diimpikan. 

Ini kerana menurut Autonews, model terbaharu Versa (Almera) dan juga Sentra bakal berada di dalam bahaya kerana berada di dalam pasaran yang semakin mengecil. 
 


Selain daripada itu, model-model coupe dua pintu seperti Infiniti Q60 dan Nissan 370Z juga bakal menjadi mangsa seterusnya oleh kerana prestasi jualan tidak seperti yang diharapkan. 

Namun, dari segi prestasi di dalam segmen SUV dan crossover, Nissan lebih menyerlah. 

Nampaknya, Nissan juga turut mengikut jejak langkah Honda di mana syarikat Jepun itu sebelum ini mengumumkan pengurangan varian produk sehingga 66 peratus menjelang 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Komitmen tersebut disertakan pelaburan puluhan juta euro di dalam reka bentuk serta…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…