Nissan mahu kurangkan pengeluaran 70 peratus di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Impak daripada coronavirus, Nissan Motor Co. Ltd akan mengurangkan kadar pengeluaran kenderaan domestik di Jepun sehingga 70 peratus pada bulan Mei ini dan 43 peratus pada bulan Jun.

Hal ini disahkan berdasarkan satu laporan yang dilihat sendiri oleh Reuters menunjukkan syarikat Jepun tersebut terkesan dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Berdasarkan perancangan asal, Nissan mahu menghasilkan kira-kira 13,400 unit kenderaan pada Mei ini, jika dibandingkan dengan 61,000 unit yang dibina pada Mei tahun lalu.

Kesan pengurangan ini akan memberikan impak kepada kilang pemasangan Nissan di Kyushu, di mana Nissan kini mengamalkan syif kerja tunggal berikutan pengurangan permintaan terhadap kenderaan Nissan.

Nissan walaubagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berkenaan perancangan terbaharu tersebut.

Pengeluar Jepun itu telah pun menghentikan produksi di kilang Tochigi, utara Tokyo semenjak awal April dan ia bakal berlanjutan sehingga akhir Mei ini, begitu juga dengan penutupan berkala untuk kilang Oppama yang dilaksanakan semenjak awal bulan ini.

Sebelum ini, Nissan dipaksa untuk mengecilkan skala operasi global dan berdasarkan keadaaan semasa, Nissan mungkin terpaksa mengurangkan target jualan sebanyak 1 juta unit daripada target tahunan asal.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan rakan media Paultan, ini adalah berdasarkan kelibat sebuah unit Nissan Ariya EV…
Berita Global
  Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi…
Berita Global
  Teknologi e-POWER sebenarnya begitu dekat dengan kita apabila Kicks e- POWER dilancarkan di…