Sebagai sebahagian daripada komitmen untuk mengurangkan emisi CO2, Nissan, pereka kenderaan elektrik keluaran massa pertama di dunia Nissan LEAF 4 , telah mengumpul analisis mengenai impak kenderaan terhadap dunia sejak debutnya pada tahun 2010.
Pada masa yang sama, terdapat data menarik untuk menunjukkan bagaimana mobiliti elektrik boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian tahap pencemaran udara:
1. Hanya sebuah kereta elektrik (EV) boleh menjimatkan 4.6 tan metrik gas rumah hijau setiap tahun, yang bersamaan dengan menanam 209 batang pokok.
2. Sehingga kini 460,000+ Pemilik Nissan LEAF di peringkat Global telah menyumbang kepada:
- Sekitar 2.1 juta metrik tan CO2 dapat dijimatkan. Melihat secara konteksnya, lebih 81 juta batang pokok diperlukan untuk memproses CO2 sebanyak itu dalam tempoh setahun.
- Lebih 13 bilion kilometer bebas emisi telah dipandu oleh pemilik LEAF – jarak memandu ke bulan lebih 33,800 kali!
Sebanyak 55 peratus CO2 perlu dikurangkan sekarang menjelang tahun 2030 untuk menangani masalah pemanasan global, 2020 akan menjadi tahun pemangkin perubahan pengguna membuat pilihan, seperti beralih kepada EV yang memberi impak langsung kepada pencemaran udara.