Nissan Max-Out - konsep convertible elektrik dari masa depan

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir Nissan menawarkan sebuah convertible adalah menerusi model 370Z Roadster sebelum produksi model tersebut ditamatkan pada tahun 2019.
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Kini, Nissan kembali dengan sebuah model konsep roadster yang unik, dinamakan sebagai Nissan Max-Out Concept.
 

roadster


Untuk makluman, model ini sebenarnya telah pun diperlihatkan pada tahun 2021, namun pada ketika itu Max-Out hanya wujud sebagai imej janaan komputer semata-mata.

Menurut Nissan, Max-Out direka untuk menawarkan perasaan keterbukaan yang lebih bebas, di samping menikmati pengalaman pemanduan yang dinamik dan dipertingkatkan.
 

max-out


Convertible berkuasa elektrik ini membawakan struktur jeriji yang tertutup dan boleh bertindak sebagai sebuah skrin paparan digital, di mana pendekatan yang sama turut dibawakan pada penutup roda.

Ruang kabin pula menempatkan dua tempat duduk terapung, karpet dengan elemen geometri yang mampu memberikan ilusi optik, skrin paparan yang lebih minimalis serta tidak ketinggalan roda stereng yoke.
 

Max-Out


Butiran terperinci seperti trenkuasa serta prestasi roadster ini tidak didedahkan oleh Nissan buat masa ini, dan besar kemungkinan ia tidak akan muncul sebagai model produksi yang sebenar.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Apa yang menariknya, kehadiran Ferrari Roma Spider menandakan kembalinya model convertible soft top…
Berita Global
Ucapkan selamat datang kepada Ford Mustang generasi baharu yang telah pun rasmi dilancarkan semalam…
Berita Global
Lupakan seketika SUV Ferrari, kembali ke Ferrari 296 GTS. Seperti yang anda jangkakan, ia…