Nissan Navara 2020 terima nadi diesel turbo berkembar, suspensi multilink untuk semua varian

oleh Mohamad Hanif|
Menjelang pelancaran rasmi Nissan Navara yang dipertingkat di Eropah tidak lama lagi, Nissan telah menerbitkan lebih perincian berkenaan trak pikap satu tan ini.

Jika seimbas pandang, tiada perubahan ketara yang hadir pada bahagian luaran trak pikap ini, kerana Nissan lebih memfokuskan kepada perubahan dari sudut teknikal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Sebagai permulaan, nadi diesel 2.3 liter empat silinder sebaris itu kini menampilkan sistem turbo berkembar yang boleh didapati pada kesemua varian dengan dua talaan yang berbeza. 

Versi asas mampu menghasilkan 160 hp dan 425 Nm manakala varian tertinggi pula hadir dengan kuasa 187 hp dan 450 Nm. 

Tidak cukup setakat itu, spesifikasi enjin juga turut ditambah baik dengan penggunaan omboh keluli, cincin omboh yang disaluti karbon, nisbah mampatan yang lebih rendah, serta penggunaan pam bahan api bagi meningkatkan kadar tekanan bahan api. 
 


Selain daripada itu, sistem penyejukan juga turut ditambah baik dan diakhiri dengan sistem ekzos yang didatangkan dengan penapis zarah dan teknologi pengurangan pemangkin terpilih (SCR Technology).

Dengan ciri yang disebut di atas sekaligus menjadikan Nissan Navara sebuah trak pikap dengan penjimatan bahan api dan rendah pengeluaran emisi. 
 


Kotak gear manual enam-kelajuan turut diberikan talaan supaya penukaran gear yang lebih mudah dan sempurna, manakala transmisi auto 7-kelajuan juga turut diberikan tumpuan supaya pemanduan lebih responsif dan selesa. 

Bagi memberikan keupayaan mengangkut muatan dengan lebih berkesan, sistem suspensi multilink telah ditawarkan untuk kesemua varian, termasuklah varian King Cab. 

Penggunaan suspensi ini turut menambah had muatan yang boleh ditampung oleh Navara di antara 1,115 kg sehingga 1,180 kg. 
 


Selain daripada itu, Nissan telah meninggikan bahagian belakang sebanyak 25 mm dan menambah spring gegelung 2 peringkat, manakala suspensi hadapan juga turut ditala semula bagi mengurangkan daya putaran stereng - pemanduan yang lebih menyenangkan. 

Sistem brek - seperti mana yang kami laporkan sebelum ini - turut ditambah baik dengan penambahan brek cakera di bahagian belakang menggantikan penggunaan brek dram pada model terdahulu. 
 


Harga jualan pula masih belum diumumkan oleh Nissan, dan kita bakal mengetahuinya dengan lebih lanjut sedikit masa lagi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut syarikat BYD juga, BYD Shark akan dijual secara global. Pada Ogos 2023, BYD mengumumkan…
Berita Domestik
Mengikut kedua-dua pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa memandu sebuah kenderaan pacuan empat…
Berita Global
Tahun ini, selain dari menjadi pentas persaingan antara jenama-jenama China yang mengusung model-…