Nissan Navara – Siri Hitam Baharu, Hitam Itu Menawan!

oleh SALINA JALIL|
Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan Navara – Siri Hitam baharu yang hadir bersama pelbagai bentuk penambahbaikan pada bahagian luaran, sekali gus menyerlahkan penampilannya sebagai sebuah ‘The Ultimate Pickup’.

Tawaran untuk varian VL, V dan SE, Siri Hitam merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan. Ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam matte yang garang, penutup eyelid lampu utama, bampar hadapan, perumah lampu kabus hitam matte, perumah cermin sisi, overfender hadapan dan belakang, sport bar dengan kemasan warna hitam pada lantai kargo. Selain kombinasi tempat duduk kemasan kulit berwarna hitam yang memberikan ambien mewah pada ruang dalaman yang luas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Komponen-komponen yang dihitamkan adalah trend baru dan sememangnya membuatkan Nissan Navara – Siri Hitam baharu lebih menyerlah. Dengan gayaan yang agresif dan bergaya, kami percaya ia akan menjadi varian popular dalam kalangan pembeli trak pikap di Malaysia,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran, Christopher Tan.

navara 1

 

Navara masih menawarkan prestasi pemanduan yang dinamik. Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar. Navara menjadi trak pikap Jepun pertama di Malaysia dipasang dengan sistem suspensi Multi-Link di belakang yang menawarkan tahap keselesaan dan pengendalian seperti sebuah SUV. Ia juga merupakan satu-satunya trak pikap yang menggunakan tempat duduk Sifar Graviti yang membantu mengurangkan keletihan pemandu dalam perjalanan jauh.

 

navara 2

 

Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).

NISSAN Navara –
Siri Hitam

2.5 VL Auto (RM)

2.5 V Auto (RM)

2.5 SE Auto (RM)

Semenanjung Malaysia

124,800

115,800

108,800

Sabah & Sarawak

126,800

117,800

110,800

Langkawi

118,600

110,000

103,500

Labuan

119,600

111,000

104,500

*Harga OTR termasuk GST (kecuali Langkawi dan Labuan), tanpa insurans

 

MEMILIKI NISSAN DAN TAKLUKI GALAKSI

ETCM juga telah memulakan Pusingan ke-2 Kempen Akhir Tahun bagi pelanggan yang membeli sebuah Nissan berpeluang untuk memenangi percutian bertemakan STAR WARS: THE LAST JEDI ke Croatia.

Dengan tema ‘Memiliki Nissan dan Takluki Galaksi’, kempen ini menawarkan rebat dan penjimatan yang mengagumkan sehingga RM8,000 ke atas model-model terpilih Nissan. Promosi RM1 untuk pakej aksesori premium* juga diteruskan dengan rebat sehingga RM6,500* juga ditawarkan.

Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran, Karnival Pandu Uji dan Siri Jelajah Nissan untuk melihat sendiri Nissan Navara – Siri Hitam baharu serta tawaran STAR WARS: THE LAST JEDI di lokasi-lokasi berikut:

Jadual Karnival Pandu Uji

Tarikh

Wilayah

Lokasi

9 – 10 Disember

Tengah

ETCM Petaling Jaya

9 – 10 Disember

Timur

ETCM Kuantan

9 – 10 Disember

Selatan

ETCM Seremban

9 – 10 Disember

Utara

ETCM Butterworth

9 – 10 Disember

Sabah

IMAGO Times Square, Kota Kinabalu

9 – 10 Disember

Sarawak

VIVACITY Kuching

16 – 17 Disember

Utara

ETCM Sitiawan

16 – 17 Disember

Selatan

ETCM Batu Pahat

16 – 17 Disember

Sabah

ETCM Sandakan

 

Jadual Siri Jelajah

Tarikh

Lokasi

1 – 25 Disember

MidValley Megamall (South Court), Kuala Lumpur

4 – 10 Disember

VIVACITY Megamall, Kuching

8 – 10 Disember

IMAGO Times Square, Kota Kinabalu

14 – 17 Disember

Kuantan City Mall, Kuantan

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.nissan.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan NISSAN ETCM di talian 1800-88-3838.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Tambahan pakej itu memberikan kedua-dua varian tersebut rupa yang lebih lasak dan agresif, di mana…
Berita Domestik
Ia menggabungkan identiti korporat Nissan dengan logo Nissan yang terkini bertujuan untuk…
Berita Domestik
Antara promosi utama ialah model Nissan X-Trail Black Edition yang didatangkan dengan pakej…