Nissan Navara SL Warrior, lebih tinggi dan rugged untuk Australia

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Navara SL Warrior by Premcar
Nissan Navara SL Warrior by Premcar
Berdasarkan permintaan dan minat, sesebuah pikap tidak cukup dengan unit standard dari bilik pameran dan lihat sahaja penawaran pikap di pasaran tempatan yang meriah dengan pelbagai edisi.

Di Australia ada sebuah pikap dengan aksesori menarik iaitu Nissan Navara SL Warrior by Premcar. 

Edisi ini adalah hasil kerjasama dengan Premcar yang merupakan firma kejuruteraan dan perundingan automotif Australia.

Sebelum ini kedua-dua syarikat bergandingan dalam mengeluarkan Navara N-Trek Warrior dan Navara PRO-4X Warrior.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Navara SL Warrior by Premcar

 

Navara SL Warrior diasaskan dari varian popular SL 4WD dual cab di Australia dan dilengkapi pelbagai komponen dan naik taraf bagi meningkatkan lagi keupayaannya.

Senarai komponen baharu memang panjang dengan suspensi dinaikkan kepada 40 mm dan jarak kelegaan bumi meningkat kepada 260 mm dari 220 mm.

Set suspensi dipasang dedaun, peredam dan jounce bumpers (bump stop) baharu.

Gegelung mempunyai kadar kekenyalan baharu untuk memberikan lebih sokongan pada bahagian depan dan mengurangkan olengan badan.

 

Nissan Navara SL Warrior by Premcar

 

Kadar redaman bahagian depan dan belakang juga diperbaharu untuk penebatan bunyi lebih baik dan mengurangkan apungan semasa menunda dan membawa bebanan.

Selain itu, sudut mendaki lebih tinggi dengan 36 darjah daripada 32 darjah manakala sudut belakang sedikit bertambah kepada 19.8 darjah daripada 19 darjah dengan bar tunda.

Pada bahagian luar, pikap ini dipasang bull bar yang mempunyai lampu LED dan tapak winc. Di bawah pula dipasang plet pelindung dengan logo Navara.

Tayar asal diganti dengan Cooper Discoverer All Terrain AT3 saiz 275 / 70 / R17. Menjadikan pikap ini lebih menyerlah ialah fender flare dan berfungsi bagi melindungi badan.

 

Nissan Navara SL Warrior by Premcar

 

Pada bahagian dalam pemandu dan penumpang disediakan alas kaki semua cuaca yang senang untuk dibersihkan.

Dari segi mekanikal, Navara ini digerakkan enjin 2.3 liter diesel turbo berkembar yang berkuasa hp pada 3,750 rpm dan daya kilas 450 Nm dari 1,500 hingga 2,500 rpm.

Transmisi pula ada dua pilihan iaitu manual enam kelajuan atau automatik tujuh kelajuan.

Maklumat dan hiburan ditayangkan melalui skrin tujuh inci Advanced Drive-Assist Cluster Display dan skrin sentuh lapan inci dengan sambungan  Apple CarPlay dan Android Auto.

 

Nissan Navara SL Warrior by Premcar

 

Kelengkapan keselamatan dan bantuan pemanduan pula terdiri daripada tujuh beg udara, Amaran Pelanggaran Berdepan Pintar, Brek Kecemasan Pintar dan Peringatan Pemandu Pintar.

Bagaimana dengan harga? Navara SL Warrior manual dijual pada $58,000 (RM180,026) dan versi automatik berharga $60,500 (RM187,786).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan

 

Nissan Navara SL Warrior by Premcar