Nissan Note Aura Autech Sports Spec, tingkah laku berbeza, Performance Damper Yamaha

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Note Aura Autech Sports Spec
Nissan Note Aura Autech Sports Spec
Nissan Note generasi ketiga dikeluarkan pada 2020 dan model rupa baharu mengambil giliran pada Disember 2023.

Tarikan utama pada Note adalah rangkaian kuasa e-Power yang digunakan di dalam model rupa baharu generasi kedua pada 2016.

Untuk generasi ketiga, Note hanya dibekalkan e-Power dan tanpa enjin pembakaran dalaman (ICE) tunggal seperti sebelumnya.

Note generasi ketiga turut dipecahkan kepada tiga gaya badan iaitu Note, Note Aura dan Note Autech Crossover.
PERODUA MREC Banner Campaign May 2025
Nissan Note Aura Autech Sports Spec

 

Daripada pilihan tersebut, Nissan memecahkannya pula kepada Note Aura Nismo dan Note Aura Autech.

Nismo membawa gaya sporti manakala Autech menumpukan pada imej sporti dan mewah atau konsep sporti premium.

Kini ada sebuah lagi pilihan untuk pelanggan di Jepun iaitu Note Aura Sports Spec dan bakal diedarkan secara rasmi pada 4 Februari 2025.

Autech Sports Spec ditala untuk pengendalian dan pecutan dan satu daripada ciri-ciri siri Autech.

 

Nissan Note Aura Autech Sports Spec

 

Dari segi pengendalian, Note Aura Autech Sports Spec dilengkapi Performance Damper® dari Yamaha dan spoiler bumbung besar.

Pengujian dilakukan secara mendalam oleh pemandu berpengalaman untuk menala postur kereta, ampaian dan tingkah laku stereng.

Sistem (Vehicle Control Module/VCM) yang mengawal rasa pecutan juga dibuat khas untuk memberikan pemanduan yang selamat, bermutu dan mengujakan.

Keempat-empat sudut roda dipasangkan tayar Michelin e.Primacy 205/50R17.

 

Nissan Note Aura Autech Sports Spec

 

Kesungguhan kakitangan pembangunan NMC (Nissan Motorsports & Customization Co., Ltd.) dipahat pada lencana Tuned by NMC.

Kelengkapan pada model ini lebih banyak berbanding Note Aura Autech yang sudah istimewa dengan gaya sporti di luar dan mewah pada bahagian dalaman.

Berbeza daripada Note Aura Autech, model ini hanya ditawarkan dalam pacuan dua roda (2WD) sahaja.

Rangkaian kuasa e-Power menggabungkan enjin HR12DE 1.2 liter dan motor elektrik  EM47.

 

​Nissan Note Aura Autech Sports Spec

 

Enjin tiga silinder menghasilkan 82 ps pada 6,000 rpm dan 103Nm pada 4,800 rpm.

Motor EM47 memiliki kuasa 100 kW (136 ps) dari 3,183 sehingga 8,500 rpm dan 300Nm dari 0 sehingga 3,183 rpm.

Note Aura Autech Sports Spec ditawarkan pada harga 3,198,800 yen (RM92,072) berbanding 3,050,300 yen (RM87,798) untuk Note Aura Autech 2WD.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit gambar: Nissan

Nissan Note Aura Autech Sports Spec

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Penampilan Note Aura Nismo ini banyak disumbangkan oleh rekaan yang diinpirasikan daripada jentera…