Nissan Note Aura Nismo 2022 - 134 hp/300 Nm, bermula dari RM111k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Jepun akhirnya secara rasmi melancarkan sebuah model yang diberikan penampilan seakan sebuah hot hatch, iaitu Nissan Note Aura Nismo 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penampilan Note Aura Nismo ini banyak disumbangkan oleh rekaan yang diinpirasikan daripada jentera lumba Formula E Nissan, seperti contoh splitter hadapan Nismo, skirt sisi, serta perumah cermin sisi berwarna merah, diiikuti dengan rim aluminium bersaiz 17 inci.

Sementara bahagian belakang pula tampil agresif dengan pakej bampar serta diffuser.
 

Nismo


Ruang kabin pula mendapat tempat duduk jenis bucket dengan pelindung kerusi daripada gandingan fabrik dan kulit sintetik, serta sulaman logo Nismo dan jahitan kontras merah/kelabu.

Ciri di atas sememangnya cukup untuk menjadikannya sebuah hot hatch, namun malangnya Nissan masih lagi mengekalkan trenkuasa e-Power dengan output berkuasa 134 hp dan 300 Nm, terdiri daripada enjin 1.2 liter tiga silinder sebaris yang bertindak sebagai penjana kuasa kepada dua unit motor elektrik.
 

NIMSO


Namun, varian Nismo ini turut mendapat tambahan mod pemanduan yang dinamakan sebagai mod Nismo, dengan menawarkan respons pendikit dan pecutan yang lebih memberangsangkan berbanding mod Normal dan Eco.

Menurut Nissan, penampilan unik di bahagian luaran bukan sekadar kosmetik semata-mata, ia juga berupaya meningkatkan kadar daya turun sekaligus menjadikan kereta lebih stabil ketika kelajuan tinggi, dibantu dengan tetapan suspensi yang unik untuk pengendalian yang lebih jitu.

Harga jualan Nissan Note Aura Nismo 2022 bermula dari 2,869,900 yen (RM111,494).

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk pasaran Jepun, model tersebut telah pun diberikan kemaskini facelift, dengan membawakan…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg lagi, terdapat juga masalah litar pintas yang mampu mengakibatkan motor…
Berita Global
Dari segi rupa luaran, Nissan Note 2021 membawakan rekaan gril hadapan V-motion yang lebih besar,…