Nissan NRV-II Concept 1983 - konsep mendahului zaman!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk kenderaan yang dihasilkan sebelum tahun 2000-an, kehadiran ciri-ciri futuristik seperti skrin paparan berwarna, sistem navigasi dan sistem bantuan pemanduan berasaskan radar mungkin sekali dipandang aneh pada ketika itu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Malah, ciri yang paling ringkas seperti kluster meter digital sudah pun dianggap pelik - apa ke gila jurutera zaman tu?

Namun, zaman berubah dan ciri yang kami sebutkan itu tadi nampaknya sudah pun menjadi satu kelaziman yang terdapat pada kereta moden, hatta kereta marhaen!

 


Artikel kali ini ingin membawa anda jauh ke tahun 1983 (penulis pun belum lahir lagi masa ni!) menerusi sebuah model yang nampaknya biasa kita lihat, namun dengan nama gelaran Nissan NRV-II.

Dari segi luaran, Nissan NRV-II membawakan reka bentuk Nissan Sunny generasi kelima dengan beberapa ciri unik seperti penutup rim penuh, cermin sisi pada fender hadapan, dan grill hadapan bertutup.

Apa yang menariknya pada NRV-II ini bukanlah bahagian luarannya, akan tetapi teknologi yang terkandung itu mendahului kereta sezamannya!

 


Kita mulakan dengan ciri yang terdapat pada roda stereng, iaitu kehadiran butang fungsi yang pelbagai dan kini ia menjadi satu kewajipan untuk para pengeluar meletakkan segala butang fungsi yang menjadikan rekaan bahagian tersebut sesak umpama Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, cuba periksa tuil lampu dan tuil wiper pada kanan dan kiri, di mana anda akan melihat ciri lampu utama automatik serta ciri pengelap cermin automatik sensitif hujan.

Bukankah itu ciri yang lazim pada kereta moden masa kini?

 


Lihat pada rekaan kluster meter digital era 1980-an, memang klasik namun terdapat beberapa ciri penting seperti sistem pemanduan ber-radar, sistem pemantauan tumpuan pemandu, dan amaran tali pinggang keledar!

Dan jika anda mengikuti rapat perkembangan automotif era 80-an dan 90-an, terdapat beberapa kereta produksi massa seperti Toyota AE86 dan Honda S2000 mula dilengkapi dengan ciri meter digital yang nampak cool dan mendahului zaman.

 


Di bahagian tengah, terdapat skrin berwarna yang memaparkan sistem navigasi, dengan resolusi seakan sebuah Gameboy Color.

Malah, terdapat kehadiran butang kawalan yang membolehkan anda memilih menu yang disediakan pada paparan tersebut.

 


Pada era 80-an di mana kebanyakan kereta masih lagi bergantung harap kepada tenaga bahan bakar petrol dan diesel, Nissan NRV-II nampaknya telah mendedahkan enjin yang dikuasakan oleh methanol.

Kini, bahan api methanol digunakan secara meluas di beberapa buah pasaran seperti Amerika Syarikat, Eropah, Brazil dan juga India.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Era 60-an: Datsun Sunny 1000, 30,000 unit dalam tempoh lima bulan!     Datsun Sunny 1000…