Nissan NV300 Concept - bengkel bergerak untuk tukang kayu

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024


Amat menarik konsep yang dipertontonkan oleh Nissan menerusi Nissan NV300 Concept di mana mereka membawakan tema kayu kepada van utiliti ini.

Konsep van utiliti ini dibangunkan khas bagi tukang kayu professional, di mana ia mampu berubah menjadi bengkel mobil mudah alih yang membolehkan anda bekerja di mana-mana sahaja dengan tenang. 
 


Nissan NV300 Concept ini dilengkapi dengan rak peralatan pertukangan yang hampir kesemuanya diperbuat daripada kayu dan anda sebagai tukang kayu boleh memilih untuk membuat kerja pertukangan di dalam kabin ataupun di luar. 
 


Untuk menyenangkan kerja-kerja di luar kawasan, NV300 ini turut dilengkapi dengan bateri mudah alih yang dinamakan sebagai Nissan Energy ROAM dengna kapasiti storan tenaga sebesar 700 kWh dan kuasa output maksimum 1 kW.
 


Nissan Energy ROAM ini boleh dicas kembali menggunakan panel solar yang diletakkan di bahagian bumbung van, menjadikan ia solusi yang ideal kepada professional di dalam teknologi perkayuan.  
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan juga turut mengemaskini format penamaan LCV mereka, di mana NV300 kini dinamakan sebgai…