Nissan NV350 Caravan Mobility Concept - bekerja sambil bercuti!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam banyak-banyak contoh yang pernah diperlihatkan, ini merupakan satu contoh yang paling ringkas dan tidak menampilkan kelengkapan tipikal yang biasa kita lihat pada sesebuah caravan/campervan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Nissan NV350 Caravan ES Mobility Concept dan ia membawakan pendekatan yang lebih ringkas jika dibandingkan dengan NV350 Caravan Office Pod Concept yang pernah kami siarkan sebelum ini.

 


Nissan NV350 Caravan ES Mobility Concept ini membawakan pendekatan 'Workation', gabungan perkataan Work (kerja) dan Vacation (Percutian), di mana anda boleh bercuti di mana sahaja sambil bekerja, berbasikal, memancing, sukan luncur air atau apa jua yang terlintas di fikiran.

Salah satu ciri penting yang terdapat pada caravan ini adalah ruang pangkin yang sangat versatil yang mampu menempatkan ruang barangan di bawah, dan boleh diubahsuai mengikut keperluan, seperti contoh memuatkan sebuah basikal.

 


Selain daripada itu, ia juga boleh diubah menjadi sebuah stesen bekerja, atau ruang rehat yang selesa sementara bahagian siling pula menampilkan palang-palang tambahan yang boleh digunakan bagi meletakkan papan luncur, rod memancing atau menggantung baju yang basah di bahagian pintu belakang.

Walaupun konsep ini tidak menampilkan ruang dapur, akan tetapi ia dilengkapi dengan inverter Cellstar DC/AC yang mampu menyalurkan kuasa untuk barangan elektrik seperti cerek.

 


Untuk privasi terutama ketika bekerja atau berehat, terdapat kawalan elektronik yang boleh digunakan untuk menggelapkan atau mencerahkan panel kaca di bahagian belakang.

Disebabkan modifikasi yang sangat ringkas ini, van NV350 ini dilihat amat sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mahukan sebuah pejabat dan 'hotel' bergerak yang boleh dibawa ke masa sahaja.