Nissan & penyelidik bekerjasama selesaikan masalah kesesakan dengan lebuhraya pintar

oleh Penyumbang Rencana|
Setiap kereta yang dihasilkan masa kini sarat dengan teknologi bagi membantu pemanduan dan memberikan keselesaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penambahan kenderaan yang semakin meningkat, ia turut menyumbang ke arah kesesakan lalu lintas. Bukan sahaja di Malaysia, malahan hampir semua negara dengan bandar besar mengalami masalah yang sama.

Bagi mengatasi masalah ini, Nissan North America bersama Circles Consortium yang terdiri dari para penyelidik Vanderbilt University, UC Berkeley, Temple University, dan Rutgers University-Camden dengan penyelarasan Tennessee Department of Transportation telah menjalankan eksperimen, bertujuan untuk meningkatkan penjimatan bahan api dan memudahkan aliran trafik.

 

2


Untuk melakukan eksperimen itu, mereka telah menjalankan ujian lapangan selama 5 hari dari 14 hingga 18 November bertempat di US Interstate 24 atau I-24 Motion yang dipenuhi penderia.

I-24 merupakan satu-satunya persekitaran ujian automotif seumpama dunia sebenar. Ianya terletak di tenggara pusat bandar Nashvile, dengan panjang sehingga 6.5 km, dilengkapi 300 penderia digital 4K.

Ujian itu melibatkan 100 unit Nissan Rogue dengan kelengkapan khas, ianya bertujuan untuk menguji ciri cruise control dilengkapi AI bagi melihat caranya mempengaruhi kelajuan dan tingkah laku pemanduan kereta di sekeliling.

 

3


Wakil dari pasukan Circles Comsortium berkata, "Sistem I-24 Motion, digabungkan dengan model tenaga kenderaan yang dibangunkan dalam projek Circles memberikan anggaran penggunaan bahan api keseluruhan aliran trafik pada waktu tersebut."

"Konsep yang kami harap dapat ditunjukkan ialah dengan memanfaatkan sistem trafik baharu ini untuk mengumpul data dan menganggarkan trafik, menggunakan teknologi kecerdasan buatan pada sistem cruise control sedia ada, kami boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dan meningkatkan penjimatan bahan api"

Toyota North America dan General Motors turut menyokong ujian percubaan lima hari tersebut dengan menyediakan dua unit ujian tambahan iaitu Toyota RAV4 dan Cadillac XT5 .

Sumber: motor1.com

Penulis: Ahmad Danial Yasin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…