Nissan produksi kembali enjin lagenda RB26!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Antara cabaran utama kerja-kerja restorasi kereta-kereta lama yang berusia adalah keterdapatan senarai alat ganti yang penting, terutama apabila melibatkan enjin. 

Walaupun ada pihak ketiga yang mengambil alih tugas pengeluar dalam menawarkan alat ganti, namun langkah tersebut adalah tidak wajar bagi mereka yang sangat taksub kepada originaliti. 

Lihat sahaja ketelitian hasil kerja Tadashi Ando, pemilik bengkel restorasi kereta lama TA Auto dalam menjalankan kerja restomod kereta-kereta klasik seperti Nissan Fairlady Z kembali kepada spesifikasi asal kilang. 
 


Bagi menyokong usaha yang dijalankan oleh golongan tersebut, Nissan menerusi divisyen Nismo Heritage membuat keputusan untuk memproduksikan semula sebahagian alat ganti tulen bagi sesetengah model klasik. 

Dan berita baiknya? 

Enjin enam silinder sebaris RB26 yang sinonim dengan akronim GT-R juga turut dimasukkan ke dalam senarai produksi semula!
 


Ketika zaman kegemilangan kereta-kereta sports Jepun, enjin RB26 merupakan antara seteru utama enjin enam silinder buatan Toyota (1JZ dan 2JZ), selain menjadi pilihan para pembikin jentera berprestasi tinggi disebabkan keupayaannya untuk mengekstrak kuasa berkali ganda berbanding kuasa asal 280 hp.  

Angka melebihi 1,000 kuasa kuda bukanlah satu perkara yang aneh kepada mereka yang arif. 
 


Dengan program khidmat masyarakat Nissan Heritage Parts terbaharu ini, Nissan bukan sahaja memberikan sokongan teknikal kepada R34, malah mereka turut meluaskan lagi khidmat tersebut kepada generasi terdahulu seperti R32 dan R33.

Senarai alat ganti yang dihasilkan semula boleh disemak menerusi laman web di bawah:

NISMO Heritage Parts