Nissan produksi semula enjin SR20DET, terhad 30 unit, harga dari RM42k!

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperkenalkan program restorasi Nismo Heritage yang melibatkan sejumlah besar alat ganti untuk model-model klasik Skyline, Nissan membawakan satu berita baik buat para peminat model Silvia.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Menerusi kerjasama dengan Mercury Japan, Nissan bakal menghasilkan kembali enjin empat silinder sebaris SR20DET serba baharu.

Mengikut sejarah, enjin SR20DET dibina oleh Nissan antara tahun 1989 hingga 2003 yang digunakan untuk model-model Silvia seperti S13, S14 dan S15.

Difahamkan, hanya 30 unit sahaja enjin SR20DET yang akan diproduksikan oleh Mercury Japan dengan had pengeluaran 3-4 unit sahaja sebulan.

 


Butiran lanjut masih lagi belum diumumkan, namun tempahan untuk enjin baharu ini dijangka akan dibuka pada bulan ini.

Harganya juga bukan murah, ini kerana setiap satu unit enjin itu mempunyai tanda harga bermula dari 1,330,000 yen (RM42,206).

Untuk enjin baharu ini juga, Nissan dikatakan akan mengutamakan tempahan daripada pasukan perlumbaan dan sukan permotoran terlebih dahulu berbanding pelanggan normal.

Sumber: Mercury Japan

Berita Berkenaan

Berita Global
  Lampu besar Magnite sudah sedia cantik dan dipadan bersama jeriji baharu dan bingkai berlapis…
Berita Global
  Sebagai sebuah NV200 Vanette, model ini lebih kecil dan mudah untuk digunakan secara harian.…
Berita Global
  Armada 2025 pasaran Amerika Syarikat ditawarkan dalam lima varian iaitu SV, SL, Platinum,…