Nissan Qashqai E-Power mendarat di Eropah - guna nadi 1.5 liter, 190 hp

oleh Mohamad Hanif|
Nadi trenkuasa e-Power telah pun muncul di beberapa buah model Nissan sebelum ini, dan ia kini dibawakan pada model crossover Nissan Qashqai untuk pasaran Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Tidak seperti nadi e-Power sedia ada, Nissan telah menukarkan enjin 1.2 liter kepada enjin 1.5 liter (156 hp) yang lebih besar, di mana enjin baharu ini bertindak sebagai penjana kuasa yang disalurkan kepada pek bateri, dan bukannya terus kepada roda.

Namun begitu, motor elektrik yang digunakan masih lagi mempunyai dimensi dan output kuasa 190 hp yang sama seperti mana-mana model Nissan sedia ada.
 

e-Power


Menurut Nissan, kuasa yang dihasilkan oleh enjin tersebut boleh disalurkan kepada pek bateri, atau motor elektrik atau kedua-duanya sekali bergantung kepada situasi pemanduan.

Dalam masa yang sama, Nissan turut memperkenalkan sistem yang dikenali sebagai Linear Tune bagi menjadikan pemanduan Qashqai e-Power yang lebih tradisional dan terhubung.

Sistem ini akan memantau operasi enjin dan secara progresifnya akan meningkatkan kadar putaran enjin untuk memenuhi permintaan kuasa daripada motor elektrik.
 

e-Power


Aspek pemanduan turut dibantu dengan ciri operasi pedal tunggal.

Menurut kajian Nissan, kebanyakan pemandu crossover di Eropah menghabiskan masa lebih 70 peratus memandu di kawasan urban dan suburban, di mana trenkuasa e-Power bekerja dengan lebih cekap dan senyap.

Berdasarkan data, Nissan Qashqai e-Power mampu memberikan penggunaan bahan api gabungan 5.3 liter untuk setiap 100 km.
 

e-Power


Nissan Qashqai e-Power akan dilancarkan secara rasmi menjelang penghujung musim panas tahun ini.

Baca: Nissan Qashqai generasi baharu

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kuro bukan baharu, Nissan menggunakannya pada edisi istimewa Juke tahun 2011 lagi. Satu idea…
Berita Global
  Pencapaian tersebut diraikan dengan sebuah Qashqai dalam balutan emas dan juga penghormatan…
Berita Global
  Dari banyak SUV buatan Nissan, dua model utama yang dipasarkan di rantau Asean ialah X-Trail…