Nissan Qashqai masuk Singapura, harga bersamaan RM536k!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Qashqai
Nissan Qashqai
Nissan mempunyai banyak model SUV seperti Patrol, X-Trail, Qashqai, Juke, Kicks dan Magnite.

Ada SUV yang terhad kepada pasaran Eropah dan beberapa negara lain seperti Qashqai dengan saiz kecil sedikit berbanding X-Trail.

Terbaru Nissan dan Tan Chong Motor Sales memperkenalkan Qashqai generasi ketiga di Singapura.

Kenapa Singapura menerima Qashqai? Pasaran sana memang begitu dan sejak dulu lagi ditawarkan model yang tiada di negara serantau lain.

Pasaran Singapura juga menerima model baharu lebih awal daripada negara Asean lain dan diimport terus dari negara pengeluar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Qashqai

 

Dari banyak SUV buatan Nissan, dua model utama yang dipasarkan di rantau Asean ialah X-Trail dan Kicks.

Seperti sebelumnya, Qashqai direka oleh Pusat Reka Bentuk Nissan Eropah dan dikeluarkan di Sunderland, United Kingdom.

Dari segi reka bentuk, Qashqai seperti biasa membawakan gayaan Nissan dengan gril V-Motion dan secara keseluruhannya tampil kemas dan sofistikated.

Lampu utama LED lebih langsing, tajam dan nampak futuristik. Bahagian tepi menggunakan garisan pelbagai sudut dan menunjukkan citarasa tersendiri.

 

Nissan Qashqai

 

Belakang lebih tenang kecuali lampu dengan bentuk ala bumerang yang juga identiti Nissan.

Memasuki ke dalam kabin, rekaan papan pemuka dibuat bergaya dan kemas, tidak terlalu maju ke depan dan tidak pula ringkas.

Perkakasan dibalut kulit Nappa dan dengan gabungan pencahayaan putih menaikkan aura premium. Turut mewah ialah corak balutan kerusi dengan bentuk berlian.

Qashqai varian Prestige dilengkapi Paparan Atas (HUD) saiz 10.8 inci yang menayangkan maklumat seperti navigasi dan bantuan pemanduan pada cermin dan skrin digital 12.3 inci.

 

Nissan Qashqai

 

Paparan skrin NissanConnect sembilan inci pula membawakan maklumat hiburan, navigasi dan tetapan kenderaan.

Menggerakkan Qashqai ialah enjin turbo 1.3 liter dengan sistem  mild hybrid 12 volt dan bateri lithium ion. 

Sistem itu boleh menghasilkan semula tenaga ketika nyah pecut untuk digunakan sebagai bantuan daya kilas semasa memandu.

Ianya juga berfungsi dalam memanjangkan hentian melahu (idle stop) dan penghidupan semula dengan pantas.

 

Nissan Qashqai

 

Dari segi binaan, Qashqai menggunakan platfrom Alliance CMF-C dan dikongsi bersama X-Trail (T33) dan Renault Astral.

Badan kereta lebih kuat susulan penggunaan lebih banyak bahan ringan, teknik kimpalan dan proses terapan (stamping) canggih.

Seperkara menarik, pintu kargo Qashqai dibuat daripada bahan komposit dengan penjimatan 2.6 kilogram.

Secara kesuluruhan, berat Qashqai baharu 60 kilogram lebih ringan dan ketegaran struktur 41 peratus lebih tinggi berbanding generasi sebelum.

 

Nissan Qashqai

 

Nissan turut mempertingkatkan stereng berkuasa untuk lebih respon dan julat stereng awal dari input pemandu.

Dari segi keselamatan, Qashqai dilengkapi ciri Nissan Intelligent Driving seperti berikut:

  • Intelligent Emergency Braking with Forward Collision Warning
  • Intelligent Around View Monitor with Moving Object Detection
  • Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert dan Intelligent Cruise Control (Qashqai Prestige sahaja)

Di Singapura, ada dua varian ditawarkan iaitu Qashqai Premium dan Prestige. 

Harganya pula dari $170,800 (RM536,749) termasuk COE dan diskaun pelancaran sebanyak $5,000 (RM15,712).

Kredit foto: Nissan. Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan Qashqai

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
  Kuro bukan baharu, Nissan menggunakannya pada edisi istimewa Juke tahun 2011 lagi. Satu idea…
Berita Global
  Pencapaian tersebut diraikan dengan sebuah Qashqai dalam balutan emas dan juga penghormatan…