Nissan R35 GT-R menyertai pasukan peronda polis Jepun - amaran kepada jiwa kelajuan di luar sana!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi menyambut ulang tahun ke-50 di dalam sejarah pembinaan jentera pantas GT-R di kilang Tochigi, Kaminokawa, sebuah Nissan R35 GT-R telah ditugaskan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan polis di Daerah Tochigi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jentera tersebut diserahkan (disumbangkan) oleh Nissan sendiri di dalam satu majlis penyerahan rasmi yang diadakan di balai polis daerah Tochigi. 


Dengan rekaan tradisi warna panda yang sinonim dengan simbol kepolisan di Jepun, R35 tersebut turut dilengkapi dengan light bar, siren dan lampu beacon pada gril hadapan. 

Menurut Nissan, selain daripada tujuan asal bagi membantu mengawal jalan raya di sana, penggunaan R35 ini juga turut digunakan untuk menarik perhatian kanak-kanak (dan juga orang dewasa mungkin?) di dalam sektor yang lain seperti pelancongan dan acara tempatan. 

 


Konsep yang sama digunakan oleh pasukan polis Dubai dengan barisan supercar mereka. 

Ini bukan kali pertama sebuah kereta berprestasi tinggi menyertai pasukan polis di Jepun, sebelum ini Nissan Skyline R34 GT-R, Honda NSX, Toyota Soarer, Mazda RX-7 dan Mitsubishi 3000GT juga turut diserapkan ke dalam pasukan polis di Jepun selain daripada kereta-kereta peronda biasa. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam video yang tular di media sosial, polis mengarahkan pemandu ambulans itu supaya berhenti…
Berita Global
"Apabila kami mengarahkan ia beredar dari situ, ia memecut secara tiba-tiba dan berlakulah adegan…
Berita Domestik
Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan…