NISSAN SEKALI LAGI TUNDA PENGELUARAN EV DI AMERIKA SYARIKAT

oleh Firdaus Razani|
Nissan baru-baru ini sekali lagi menangguhkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) di kilangnya di Canton, Amerika Syarikat ia berikutan pertumbuhan pasaran yang perlahan dalam kategori EV.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perkara ini membuat pembuat kereta terbaharu turut melaraskan pelan tersebut sebagai tindak balas kepada kebimbangan mengenai permintaan untuk EV di Amerika Syarikat selepas GM, Ford, Audi dan jenama lain.

Walaupun rekod jualan EV pada tahun 2023 merupakan tahun terbaik namun kadar pertumbuhan pada suku keempat tahun itu lebih rendah dari tahun sebelumnya.

 

nissan

 

Menurut memo yang dilihat Autonews, Nissan menyatakan “keperluan untuk meningkatkan daya saing produk” sebagai di sebalik keputusan untuk menangguhkan pengeluaran EV di kilangnya di Amerika.

Oleh itu, sedan EV pertama yang akan dilancarkan untuk pengeluaran adalah pada November 2026 manakala model EV kedua yang dipasarkan sebagai Infiniti pada April 2027.

 

nissan

 

Terdapat sumber yang tidak dinamakan memaklumkan kepada Autonews bahawa Nissan bimbang tentang keuntungan dan permintaan untuk EV.

Harga untuk EV kekal tinggi secara purata, dan dengan kadar faedah yang dinaikkan pada masa ini mempengaruhi penjualan barangan seperti kereta premium,

Terdapat juga kebimbangan bahawa jualan dalam kategori itu mungkin akan mengalami penurunan pertama tahun ke tahun.

 

nissan

 

Sebanyak $500 juta telah dilaburkan pada Kilang Nissan di Canton tersebut untuk pengeluaran EV serta untuk menjadikan sebuah hab inisiatif elektrifikasi di benua tersebut.

Nissan kini sedang bercadang untuk melanjutkan pengeluaran kenderaan enjin pembakaran dalaman untuk setahun lagi.

 

SUMBER : Autonews , Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…