Nissan Sentra 2024 untuk Amerika Syarikat, V-Motion baharu, 2.0L MR20DD, CVT

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan Sentra 2024
Nissan Sentra 2024
Tahukah anda? Nissan Sylphy atau Sentra kereta kedua terlaris di China pada 2022 selepas BYD SONG. 

Sylphy mencatatkan jualan sebanyak 446,492 unit di belakang SONG dengan 459,424 unit.

Angka itu sebenarnya menurun 10.7 peratus berbanding 2021 pada masa Sylphy berada di tangga pertama model terlaris di China!

Sentra generasi keempat diperkenalkan di Amerika Syarikat pada 2019 dan kini tiba giliran rupa baharu (facelift).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan Sentra 2024

 

Visual depan membawa terjemahan baharu gril V-Motion yang kekal dominan dan bampar lebih ringkas. Lampu utama mempunyai dalaman hitam.

Nampak kemas dan memberi pilihan berbeza berbanding Honda Civic atau Toyota Corolla.

Pengguna Amerika Syarikat yang mahukan varian sporti ditawarkan Sentra SR dan lengkap dengan rim 18 inci baharu, gril krom gelap dan logo SR warna merah.

Bampar belakang dengan rekaan bawah baharu menjadikan Sentra nampak lebih rendah dan lebar.

 

Nissan Sentra 2024

 

Bahagian kabin Sentra SR menggunakan sulaman merah-jingga yang menyamai sedan Altima SR, pikap Frontier PRO-X dan PRO-4X.

Sentra dilengkapi skrin maklumat hibur tujuh inci dengan Apple CarPlay®, Android Auto™, Siri® Eyes-Free, Google Assistant™ Voice Recognition dan empat pembesar suara.

Sentra SV dan SR pula istimewa dengan skrin lapan inci, enam pembesar suara, tambahan slot USB Type C di depan, USB Type A (pengecasan sahaja) dan radio satelit SiriusXM®.

 

Nissan Sentra 2024

 

Turut istimewa skrin Advanced Drive-Assist® Display tujuh inci berbanding 4.2 inci pada Sentra S.

Sentra SR Premium pula lebih mewah dengan bumbung kaca boleh buka, lapan pembesar suara  Bose® Premium Audio System dan kerusi pemandu enam larasan berkuasa.

Lagi kelengkapan seperti stereng dengan fungsi pemanas, Intelligent Around View® Monitor, NissanConnect® Services dan hotspot Wi-Fi.

 

Nissan Sentra 2024

 

Badan Sentra SR ditawarkan dalam dua warna dengan bumbung hitam dan kombinasi Aspen White Tricoat, Monarch Orange Metallic, Electric Blue Metallic dan Atlantic Gray.

Sebagai ringkasan, Sentra dibahagikan kepada tiga varian utama iaitu S, SV dan SR dan pakej tambahan seperti All-Weather, SV Premium dan SR Premium.

Berbanding Sylphy pasaran China yang menggunakan enjin 1.2 liter e-POWER, Sentra digerakkan enjin 2.0 liter MR20DD dan transmisi Xtronic CVT.

 

Nissan Sentra 2024

 

Enjin itu menghasilkan 149 kuasa kuda (hp) dan tork 198Nm. Model 2024 didatangkan standard dengan Idle Stop Start untuk lebih penjimatan petrol.

Kesemua varian dilengkapi Nissan Safety Shield® 360 yang merangkumi fungsi Pembrekan Kecemasan Automatik dengan Pengesanan Pejalan Kaki dan Amaran Titik Buta.

Turut dilengkapi Peringatan Lintasan Trafik Belakang, Amaran Penukaran Lorong, Bantuan Lampu Tinggi, Pembrekan Belakang Automatik dan Amaran Pelanggaran Berdepan Pintar.

 

Nissan Sentra 2024

 

Membantu pemandu ialah sistem Easy-Fill Tire Alert yang membunyikan hon setelah tekanan tayar mencukupi.

Rear Door Alert pula memperingatkan pemandu sekiranya ada barangan tertinggal di kerusi belakang.

Nissan Sentra 2024 akan mula dijual di Amerika Syarikat pada penghujung musim panas atau di antara Julai hingga Ogos 2023. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Nissan

 

Nissan Sentra 2024