Walaupun di Jepun sudah wujud versi facelift (MC), Nissan Serena C28 yang akan dijual di Malaysia ini masih dianggap model baharu untuk pasaran tempatan. Jika mahu menunggu versi facelift, peminat perlu menanti lebih lama dan perubahan yang dibawa juga bukanlah besar.
Apa itu e-POWER: rasa seperti EV, tetapi tidak perlu mencari pengecas
e-POWER pada Serena C28 berkonsep 100% motor elektrik memacu roda, manakala enjin petrol hanya bertindak sebagai generator untuk menjana elektrik. Oleh itu, respon pecutan dan kelancaran pemanduan lebih menghampiri rasa EV, tetapi tanpa kebimbangan jarak pemanduan kerana tidak bergantung kepada pengecas luaran.

Nissan turut menekankan bahawa Serena C28 menggunakan e-POWER generasi kedua yang lebih halus dan matang, dengan fokus kepada respon yang lebih pantas, pemanduan lebih lancar, serta kabin lebih senyap terutama ketika pemanduan lebuh raya.

Powertrain e-POWER generasi kedua: enjin HR14DDe 1.433L 3-silinder
Untuk varian Premium Highway Star yang dipaparkan, data powertrain e-POWER generasi kedua adalah seperti berikut:
-
Model enjin: HR14DDe
-
Konfigurasi: 3-Cylinder In-Line, DOHC
-
Sistem bahan api: Direct Injection
-
Bahan api: Unleaded
-
Transmisi: Automatic Single Speed Gear Reduction (e-POWER)
-
Kapasiti: 1433cc (1.4L)
-
Max engine system power: 72 kW (98 PS) @ 5,600 rpm
-
Max engine system torque: 123 Nm @ 5,600 rpm
Perlu dijelaskan bahawa angka di atas merujuk kepada enjin generator (bukan output motor elektrik yang memacu roda). Dalam catatan ringkas pandu uji, turut disebut prestasi sistem keseluruhan C28 sekitar 163 PS (161 hp) dan tork 315 Nm, yang lebih menggambarkan karakter pemanduan serta torque delivery motor elektrik.

Tiga mod pemanduan serta e-Pedal Step
Serena C28 e-POWER menawarkan tiga mod pemanduan:
-
ECO: pemanduan lebih lancar dan efisien, sesuai untuk perjalanan jauh
-
STANDARD (tetapan asal): seimbang untuk kegunaan harian
-
SPORT: respon lebih cepat untuk pemanduan lebih dinamik
Ciri e-Pedal Step pula membolehkan pecutan dan nyahpecutan dikawal dengan lebih banyak menggunakan satu pedal, sambil sistem regeneratif membantu memperlahankan kenderaan. Antara manfaat yang diketengahkan:
-
Mengurangkan kekerapan penggunaan pedal brek
-
Nyahpecutan lebih lancar, meningkatkan keselesaan kabin
-
Boleh dihidupkan atau dimatikan pada bila-bila masa
Fokus pengurangan ‘motion sickness’: lebih stabil, lebih selesa
Nissan menjadikan pengurangan motion sickness sebagai salah satu fokus Serena C28. Antara pendekatan yang ditunjukkan termasuk:
-
Air curtain “sway-reducer” bagi menstabilkan aliran angin dan mengurangkan ‘wobble’ ketika crosswind
-
Penalaan nyahpecutan lebih terkawal untuk mengurangkan pitch apabila pemandu melepaskan pedal minyak atau menekan brek
-
“Enhanced brake controllability” supaya perubahan badan kenderaan lebih lembut dan mudah dijangka penumpang
Serena C28 turut didakwa mengurangkan “steering correction” sebanyak 23% berbanding C27 ketika mengekori garisan sasaran, sekali gus membantu kestabilan ketika memandu lurus.


Suspensi dan stereng: lebih tegar untuk rasa lebih stabil
Dalam paparan teknikal, Nissan menyatakan:
-
Improved stabilizer rigidity (+20%) untuk mengurangkan body roll dan lateral motion
-
Rack-assist type electric power steering
-
Increased suspension member rigidity (+50%)
-
Higher rigidity dan friction control dalam sistem stereng (+40%)
Dimensi Premium Highway Star (C28)
-
Panjang: 4,765 mm
-
Lebar: 1,715 mm
-
Tinggi: 1,870 mm
-
Wheelbase: 2,870 mm
-
Kerb weight: 1,799 kg
-
Turning radius: 5.7 m

Reka bentuk luar
-
Sporty V-Motion front grille
-
Lampu utama 3-eye projector LED
-
LED fog lamp
-
Aerodynamic front bumper
-
Air-curtain
-
LED wing mirror signal lights
-
Boomerang rear combination lamp design
-
Dual back door
-
Hands-free dual power sliding door
-
Rim 16 inci
-
Aerodynamic rear bumper serta LED rear fog lamp



Praktikaliti: ruang but dan 13 konfigurasi tempat duduk
Serena C28 mengekalkan DNA MPV keluarga dengan penekanan praktikaliti:
-
Underfloor storage compartment
-
Contoh kapasiti dalam slaid: 4 full size golf bag, 2 unit bagasi 28 inci, serta 4 unit bagasi 28 inci (dengan 3rd row flip-up seats)
-
13 seating configurations (boleh ditolak, dilipat dan dilaras mengikut situasi)

Akses baris ketiga serta walk-through
Antara ciri yang ditunjukkan untuk memudahkan akses:
-
3rd row power sliding door switch
-
2nd row seatback sliding function
-
3rd row easy access mode
-
Walk-through convenience
-
One-touch power windows for all doors



Kabin dan teknologi
-
Dual 12.3-inch colour digital screens
-
Advanced touch-panel auto air-cond system
-
Electronic shift selector
-
Wireless charger
-
Electronic parking brake dengan autohold
-
Sporty flat-bottom leather steering wheel (D-cut)



Ruang simpanan, cup holder dan tray
Slaid “convenience” turut menyenaraikan kiraan:
-
Cup holder: baris hadapan 3, baris kedua 4, baris ketiga 4
-
Bottle holder: baris hadapan 2, baris kedua 2, baris ketiga tiada
-
Compartment storage: baris hadapan 7, baris kedua 4, baris ketiga tiada
-
New 2nd-row tray table design

Smart convenience: auto unlock, walk-away lock dan speed-sensing lock
-
Approach Unlock/Walk Away Lock (WAL): pintu akan terbuka secara automatik apabila pemandu menghampiri, dan terkunci secara automatik apabila pemandu berjalan pergi
-
Speed Sensing Door Lock: semua pintu akan terkunci secara automatik apabila kenderaan mula bergerak

Ulasan pandu uji: PJ ke Kuantan
Berdasarkan sesi pandu uji dari Nissan cawangan PJ ke Kuantan (Hyatt Regency Kuantan), pemanduan Nissan Serena C28 e-POWER boleh diringkaskan seperti berikut:
-
Jauh lebih berkuasa berbanding model-model Serena sebelum ini yang pernah dipasarkan oleh ETCM (Serena C27, C26, C24 dan C23)
-
Kurang body roll ketika memandu
-
Lebih stabil ketika dipandu pada kelajuan tinggi di lebuh raya
-
Penjimatan bahan api yang meyakinkan, dengan jarak pemanduan boleh mencecah 1,000 km untuk satu tangki penuh
-
Kabin lebih senyap
-
Pemanduan lebih lancar seperti EV tanpa kebimbangan jarak pemanduan


Persoalan penerimaan pasaran: harga akan jadi penentu
Persoalan utama sekarang adalah sama ada e-POWER ini akan diterima seperti model-model Nissan Serena sebelum ini yang pernah menjadi peneraju dalam segmen C MPV bukan nasional akan bersaing dengan Honda Stepwagon dan Toyota Voxy yang dibawa masuk oleh pengedar import terpakai (recon). Jawapannya, banyak bergantung kepada penentuan harga yang akan diumumkan oleh Nissan Malaysia.


Wakil Nissan Malaysia turut memberikan maklum balas bahawa harga berkemungkinan bermula sekitar RM160,000 hingga RM180,000. Ketika pelancaran nanti, kemungkinan dua varian C28 dijangka diperkenalkan untuk pasaran Malaysia kemungkinan X dan Premium Highway Star. Bagi varian IMPUL pula, ia berkemungkinan hadir kemudian kerana amalan biasa Nissan Malaysia ialah memperkenalkannya pada fasa seterusnya.
