Nissan Serena J IMPUL kini di Malaysia, rim 18 inci, dari RM169,888

oleh Mohamad Hanif|
Edaran Tan Chong Motor memperkenalkan MPV hibrid Nissan Serena J IMPUL yang lebih mewah dan bergaya menerusi kerjasama dengan penala terkenal Jepun, IMPUL.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Dari sudut luaran, Nissan Serena J IMPUL ini mendapat kemasan krom dengan rekaan bampar yang lebih agresif, kemasan yang sama pada bampar belakang, rim aloi jejari Y IMPUL bersaiz 18 inci, serta balutan tayar Goodyear Eagle F1 Sport.
 

serena


Sementara itu, ruang kabin Serena juga turut mendapat sentuhan premium IMPUL, seperti balutan kulit kombinasi Nappa pada tempat duduk dan kemasan pintu, corak tempat duduk yang diinspirasikan taman batu Jepun yang unik, serta sulaman logo IMPUL.

Nissan Serena J IMPUL masih lagi mengekalkan enjin MR20DD 2.0 liter CVTC yang mampu menghasilkan 150 hp dan 200 Nm, dipadankan dengan transmisi CVT X-Tronic, dan bacaan penggunaan bahan api 14.2 km/liter atau bersamaan 852 km untuk setangki penuh bahan api.
 

serena


Ciri lain termasuklah pintu gelangsar bebas tangan, tujuh slot pengecasan USB, tirai suria, serta pintu tailgate dengan dua bukaan berasingan.

Ciri Nissan Intelligent Mobility turut didatangkan pada Nissan Serena J IMPUL, merangkumi ciri seperti amaran pelanggaran hadapan pintu, brek kecemasan hadapan pintar, amaran titik buta, amaran keluar lorong, kamera keliling 360 darjah, amaran lintasan trafik belakang, sistem pengesanan objek bergerak, serta amaran tumpuan pemandu.
 

serena


Selain daripada itu, Nissan Serena S-Hybrid turut dilengkapi dengan enam beg udara, kawalan dinamik kenderaan, kawalan cengkaman, ABS, EBD, Bantuan Brek, cagak ISOFIX serta bantuan mula mendaki.

Nissan Serena J IMPUL boleh didapati di semua bilik pameran Nissan di Malaysia, dengan harga jualan bermula dari RM169,888 atas jalan tanpa insurans.