Nissan Silvia digambarkan sebagai coupe sports elektrik

oleh Mohamad Hanif|
Penggunaan rekaan klasik terhadap model-model baharu bukanlah satu perkara yang asing, lihat sahaja pada beberapa contoh seperti Honda e, Hyundai Ioniq dan juga Renault 5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan juga sebelum ini telah hadir dengan sebuah konsep dengan elemen retro moden Nissan IDx, sayang sekali rekaan tersebut tidak pernah direalisasikan.

Baru-baru ini, naib presiden Nissan Design Europe, Matthew Weaver telah hadir dengan sebuah lakaran konsep Nissan Silvia moden dengan menggunakan rekaan klasik daripada generasi pertama Silvia.

Imej render tersebut menampilkan sebuah coupe dua pintu berkuasa elektrik yang menampilkan satu garis tajam pada sisi kereta yang memisahkan antara bahagian atas dan bahagian bawah model ini.

Unit lampu hadapan berbentuk bulat berjaya disembunyikan dengan baik, dan tiada sebarang liang kemasukan udara wujud disebabkan EV memerlukan sistem penyejukan yang tersendiri berbanding model konvensional.

Sementara bahagian belakang pula menampilkan unit lampu yang nipis.

Nissan Silvia generasi pertama diperkenalkan pada acara Tokyo Motor Show 1964, dibangun menggunakan casis Datsun Fairlady 1600 SP311 dan sebanyak 554 unit sahaja dihasilkan sepanjang tempoh produksi.

Setelah itu, Nissan mengembalikan semula nama Silvia pada tahun 1975 sebagai sebuah kereta sports coupe kompak yang diposisikan di bawah model Z, dan resepi itu diteruskan sehinggalah generasi terakhir Nissan Silvia ditamatkan pada tahun 2002.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini mungkin satu berita gembira buat para peminat Silvia, kerana menurut laporan terbaharu daripada…