Nissan Skyline GT-R biru ini untuk dijual, pernah dipandu oleh Paul Walker

oleh Mohamad Hanif|
Tidak dapat dinafikan, kehadiran jentera Nissan Skyline GT-R di dalam francais Fast & Furious meninggalkan kesan yang sangat mendalam di kalangan peminatnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apatah lagi ia kerap dikaitkan dengan watak Brian O'Conner yang dilakonkan oleh mendiang Paul Walker.

Salah satu daripada Skyline GT-R sebenar yang pernah dipandu oleh Paul Walker kini sedang dilelong berdasarkan senarai di laman web Bonhams.
 

R34


Model GT-R berwarna Bayside Blue tahun 2002 ini muncul dalam filem keempat Fast & Furious di mana ia merupakan 'kereta hero' yang masih lagi cantik dan menarik.

Terdapat beberapa Skyline biru yang turut digunakan untuk penggambaran, akan tetapi kebanyakannya merupakan model Skyline GT-T yang dikhususkan sebagai kereta aksi lasak.

Ketika dibawa masuk ke pasaran Amerika Syarikat, Skyline GT-R ini dibeli tanpa sebarang enjin oleh Kaizo Industries, sebelum ia dibina semula sebagai sebuah kit car untuk membolehkannya digunakan dalam penggambaran.
 

R34


Antara modifikasi yang telah dibuat termasuklah pemasangan intercooler depan Turbonetics, sistem ekzos Nismo, spring rendah Nismo, rim Volk Racing 19 inci, diikuti dengan bampar dan skirt sisi Nismo dan hud daripada East Bear.

Selain itu, Skyline GT-R ini turut dipasangkan dengan roda stereng Momo Sports Alcantara, tempat duduk perlumbaan OMP, sangkar keselamatan kustom dan sistem brek yang dinaiktaraf.
 

R34


Menurut laman web Bonhams, terdapat beberapa perkara yang telah diubah untuk disesuaikan dengan permintaan mendiang, termasuklah ketiadaan decal grafik pada bahagian luar, lampu kabus merah belakang telah digantikan dengan warna putih, diikuti dengan pemasangan skrin kustom pada papan pemuka.

Walaupun berstatus sebagai kit car, ia kemudiannya disita oleh jabatan kastam disebabkan komplikasi undang-undang, sebelum dieksport keluar ke Jerman dan kekal tidak didaftarkan selepas itu.

Sumber: Bonhams

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini merupakan model kedua dari siri Fast & Furious yang ditawarkan dalam set Speed Champions,…
Berita Global
Pembinaan model ini ditugaskan oleh Universal Studios, di mana ia dimodifikasikan oleh Daryl Alison…
Berita Global
Berdasarkan lelongan di Yahoo Auction yang berakhir baru-baru ini, unit berwarna putih itu berjaya…