Nissan Skyline GT-R R32 Safari, kuasa cecah 525 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam dunia sebenar, Porsche sudah pun ada model 911 Dakar, sementara Lamborghini pula tampil dengan model off-road Huracan Sterrato.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan mungkin sekali tidak akan menghasilkan model GT-R Safari secara rasmi, namun anda boleh bayangkan kehadiran model tersebut menerusi projek yang dihasilkan oleh YouTuber Adam LZ.

 


Beliau baru-baru ini telah berjaya memuktamadkan projek mengubah sebuah Nissan Skyline GT-R R32 standard menjadi sebuah jentera Safari yang unik.

Berdasarkan hantaran di laman Facebook, Adam LZ telah memadankan R32 berwarna hijau itu dengan sistem suspensi jenis long-travel, di mana jarak kelegaan tanah kini lebih tinggi berbanding model GT-R yang asal.
 

Safari


Namun sebelum itu, jentera tersebut telah dihantar ke pakar GT-R, Monster Performance untuk talaan terhadap enjin.

Berdasarkan bacaan dyno, nadi RB26 itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 420 hp (bahan api 93 octane), atau sehingga 525 hp dengan menggunakan bahan api ethanol.
 

Safari


Menariknya, Adam berjaya mendapatkan sokongan daripada NISMO untuk mendapatkan barangan off-road seperti contoh rak bumbung yang lengkap dengan lampu tambahan, asalnya untuk kegunaan Nissan Frontier.

Pihak bengkel Bell Raceworks kemudian terpaksa mengubahsuai bampar depan NISMO untuk memuatkan bash guard, diikuti dengan pendakap tambahan untuk ketegaran casis diikuti dengan plat perlindungan bawah badan.
 

safari


Hasil akhir projek ini ialah sebuah Nissan Skyline R32 GT-R stail Safari yang sangat kemas, dan mungkin sekali akan ditawarkan secara rasmi oleh Nissan pada era awal 90-an.

Para pengikut setia rancangan Best Motoring mungkin sekali pernah melihat episod di mana sebuah GT-R R32 diubah menjadi sebuah jentera rali.

Video tersebut boleh ditonton pada pautan dibawah:
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata, penganjur program tersebut turut diminta supaya menitikberatkan pematuhan jalan…
Berita Domestik
"Ahli-ahli politik perlu mempunyai iltizam dalam memastikan kejayaannya (dari segi penggubalan…
Berita Global
Selain daripada itu, Toyota turut mempamerkan konsep ubahsuai bagi dua model pentingnya, iaitu GR…