Nissan Skyline GT-R R34 dipandu 'runner' rempuh pokok

oleh SALINA JALIL|
Tular petang semalam di ruang media sosial gambar-gambar sebuah Nissan Skyline GT-R R34 yang telah kemalangan dan merempuh sebatang pokok di Johor Bahru.


Lebih malang lagi kemalangan tersebut telah berlaku ketika dipandu oleh runner/orang tengah yang dalam perjalanan membawa kenderaan tersebut kepada pemilik baru.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Nissan Skyline GTR R34 yang berwarna biru itu dikatakan baru sahaja dibeli oleh pemilik baharu tidak sampai satu jam sebelum kejadian.  

 

Perkongsian gambar kemalangan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi oleh orang ramai yang rata-ratanya mempersalahkan 'runner'/ orang tengah yang tidak mahir mengendalikan sebuah kenderaan sporti yang didatangkan dengan kuasa kuda serta daya kilas yang tinggi. 

 

Tiada lagi laporan rasmi dari pihak berkuasa tentang kemalangan ini mahupun tindakan selanjutnya dari pemilik baru kenderaan ini.

 

Kami di Careta ingin mengucapkan salam takziah kepada pemilik lama dan baru Skyline GTR R34 tersebut, yang pasti kedua-dua pihak pasti terkilan dan terkesan dengan insiden yang tidak diduga ini. Semoga kekal tabah. 

 

 

Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Global
Apatah lagi ia kerap dikaitkan dengan watak Brian O'Conner yang dilakonkan oleh mendiang Paul…
Berita Global
Ini merupakan model kedua dari siri Fast & Furious yang ditawarkan dalam set Speed Champions,…
Berita Global
Pembinaan model ini ditugaskan oleh Universal Studios, di mana ia dimodifikasikan oleh Daryl Alison…