Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II ini pernah dipandu oleh mendiang Paul Walker

oleh Mohamad Hanif|
Nissan Skyline R34 GT-R tidak pernah ditawarkan secara rasmi di pasaran Amerika Syarikat, namun pada awal tahun 2000-an, terdapat 16 unit yang dibawa masuk secara rasmi oleh MotoRex.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Salah satu daripada unit tersebut merupakan model yang dipaparkan di dalam artikel kali ini, dan ini bukanlah R34 standard yang biasa kita lihat.

Menurut laman web Hive Auto Group, GT-R R34 ini merupakan varian V-Spec II, di mana sepanjang masa kereta ini dipandu sendiri oleh mendiang Paul Walker terutama ketika promosi filem Fast & Furious.
 

V-SPec II


Skyline R34 berwarna Bayside Blue ini mempunyai senarai kelengkapan yang agak panjang, merangkumi sistem brek Brembo, rim Volk TE37 Saga, sistem ekzos Trust, roda stereng Momo Apache, sistem harness 4 poin Sparco, tombol gear Nismo, dan tidak ketinggalan spring gegelung Tein dengan peredam boleh laras elektronik.

Laman web tersebut turut mengesahkan R34 biru ini merupakan unit produksi bernombor #672 daripada jumlah keseluruhan 1,855 unit varian V-Spec II yang dihasilkan oleh Nissan sebelum ini.
 

34


Tiada sebarang angka output didedahkan daripada enjin enam silinder sebaris RB26DETT yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan ini, namun ia dikatakan telah ditala semula dengan hasil kerja dibuat sendiri oleh Kenji Sumino di Greddy USA pada tahun ini.

Harga jualan sebenar juga tidak dinyatakan, faham-faham sendirilah kenapa harga jualan kereta-kereta sports Jepun seperti R34 ini makin lama makin tinggi harganya.

Sumber: Hive Auto Group