Nissan Skyline R34 GT-R V-Spec II Nur untuk dijual - jarak perbatuan 10 km!

oleh Mohamad Hanif|
Ikon JDM ini sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi, kereta pantas, pacuan semua roda, enjin enam silinder sebaris dan ia menjadi lebih popular dan mengarut harganya selepas kematian pelakon terkenal Paul Walker.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit Nissan Skyline GT-R yang dipaparkan kali ini lebih istimewa, ia merupakan unit terhad V-Spec II Nur dengan hanya 718 unit sahaja dihasilkan di seluruh dunia, dan 159 unit daripadanya dilayangkan dengan warna putih.

 

tak percaya?


Lebih menarik lagi, jentera sports ini tidak pernah didaftarkan secara rasmi dan jarak perbatuan hanyalah sekitar 10 km sahaja!

Unit Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur ini disenaraikan di dalam laman bidaan Jepun BH Auction di mana harga hanya akan diketahui dalam masa terdekat.

 


Nissan Skyline GT-R R34 V-Spec II Nur diperkenalkan menjelang tahun akhir produksi R34, diinspirasikan daripada Litar Nurburgring.

Ia menampilkan naiktaraf sistem induksi paksaan turbo yang lebih besar, boost dipertingkatkan dengan bilah seramik digantikan dengan versi keluli.

 


Disebabkan perjanjian lelaki sejati yang ditandatangani pada ketika itu, kereta ini diiklankan mempunyai kuasa setinggi 276 hp, namun ujian dunia sebenar mendedahkan ia melebih 330 hp ketika keluar dari kilang.

Selain daripada itu, ia juga turut mendapat suspensi yang lebih keras, sistem brek yang lebih besar dan diakhiri dengan hud gentian karbon.

Sumber: BH Auction