Nissan tawarkan pelbagai promosi istimewa sempena Tahun Baru Cina

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sempena menyambut Tahun Baru Cina yang akan tiba pada hujung bulan ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan promosi "The Most Exciting Ang Pao Yet!" bagi memeriahkan suasana perayaan.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Bemula 1 hingga 31 Januari 2023, pelanggan baharu yang membeli model Nissan Serena, Nissan Navara, Nissan X-Trail dan Nissan Almera akan menikmati penjimatan tunai sehingga RM9,950

Promosi itu termasuk tambahan RM1,000 untuk pakej aksesori bagi model terpilih seperti berikut:

  • Nissan Navara 2.5L Turbo VL - Pakej Perlindungan (Jimat sehingga RM9,950)
  • Nissan Almera 1.0L Turbo VL - Pakej Aero TOMEI (Jimat sehingga RM7,000)
  • Nissan New Serena 2.0L Highway Star - Pakej Tempat duduk kulit dan Tinted Ice Cool (Jimat sehingga RM4,600)
  • Nissan X-Trail 2.0L Standard - Kit Aero IMPUL (Jimat sehingga RM4,600)

 

2

 

Selain promosi itu, Nissan turut menawarkan hadiah bernilai RM388,000 untuk pemenang bertuah yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis di mana-mana pusat servis Tan Chong Ekspres Auto Servis Sdn. Bhd. (TCEAS).

Bermula 1 Januari hingga 28 Februari, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM388 dalam satu resit dan berpeluang memenangi baucar tunai bernilai RM8, RM18, RM88, RM188, RM288, RM888 dalam satu cabutan bertuah.

 

3

 

Di samping itu, bagi mereka yang aktif menggunakan media sosial, Nissan turut menawarkan baucar Watsons melalui peraduan ‘Count & Hop Into Prosperity’ sepanjang bulan Januari.

Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan promosi dan peraduan yang diadakan, anda boleh layari lama Facebook dan Instagram Nissan Malaysia.

Bagi mereka yang berminat dengan promosi untuk kereta baharu Nissan, anda boleh layari laman sesawang Nissan Online Showroom.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Komitmen tersebut disertakan pelaburan puluhan juta euro di dalam reka bentuk serta…
Berita Global
Nissan GT-R 2024   Berdasarkan spesifikasi Amerika Syarikat (Filipina menggunakan pemanduan…
Berita Global
  Nissan sebenarnya telah mendahului Toyota dengan mempertontonkan tiga pikap konsep termasuk…