Nissan tingkat pendapatan RM33 billion menerusi penjualan bon

oleh Mohamad Hanif|
Nissan telah meningkatkan perolehan berjumlah $8 billion (RM33 billion) menerusi penjualan bon yang tidak bertukar (non-convertible bond sale), menjadikannya salah satu penjualan yang terbesar di Asia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengumpulan dana ini dibuat setelah Nissan mencatatkan kerugian terbesar dalam tempoh 20 tahun, ditambah pula dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Bercakap kepada Bloomberg, wakil Nissan Azusa Momose berkata, Nissan telah pun mempunyai sumber yang mencukupi, namun memutuskan untuk mengukuhkan lagi kewangan mereka dengan mengambil langkah penstrukturan yang lebih signifikan.

Mei lalu, Nissan telah mengumumkan penjimatan kos sehingga $2.8 billion sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula yang dijalankan, termasuklah mengurangkan kos pemasaran dan penyelidikan produk.

Selain daripada itu, Nissan juga akan mengurangkan kapasiti produksi sebanyak 20 peratus kepada 5.4 juta unit setahun serta mengurangkan barisan produk global daripada 69 kepada kurang daripada 55 model.

Kilang pemasangan kenderaan Nissan seperti di Indonesia dan Sepanyol juga bakal ditutup secara berperingkat.

Pelan penstrukturan semula Nissan tersebut mengunjurkan margin keuntungan operasi sebanyak 5 peratus selain pegangan pasaran global 6 peratus menjelang tahun fiskal 2023.

Sumber: Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…