Nissan TITAN 2023, pikap besar enjin 5.6L V8 400hp!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan TITAN
Nissan TITAN
Jika Ford ada F-150, Nissan pula menawarkan pikap saiz penuh TITAN. Generasi pertama TITAN dikeluarkan pada 2003 dan lama di pasaran sehingga 2015.

Pikap besar, enjin pun besar, TITAN generasi pertama menggunakan enjin 5.6 liter V8 VK56DE. 

TITAN generasi kedua diperkenalkan pada 2015 dan mula dikeluarkan pada 2016 sehingga kini. 

Nissan tidak membiarkan TITAN begitu sahaja dan model yang diperkemaskan diperkenal pada 2020. 

Terbaru Nissan memperkenalkan TITAN 2023 dengan beberapa naik taraf untuk kekal relevan. 

TITAN terbaru ditawarkan dalam dua varian King Cab dan empat varian Crew Cab dan pilihan pacuan 4x2 atau 4x4.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

TITAN PRO-4X Crew Cab 4x4

 

Nissan TITAN PRO-4X

 

TITAN PRO-4X lebih kepada karakter off-road dengan penyerap hentak off-road Bilstein, tayar semua permukaan (AT) 275/70R18 dan plat pelindung radiator dan kotak penghantar

Turut dilengkapi pembeza belakang dengan pengunci elektronik dan Kawalan Penurunan Curam.

Dari segi penampilan varian ini tampil dengan overfender hitam separa kilat, bahagian bawah depan dan bampar belakang kelabu gelap separa kilat dan kemasan hitam pada pintu kargo.

Lagi ciri kosmetik ialah logo PRO-4X pada kerusi dan alas kaki.

 

Nissan TITAN PRO-4X

 

TITAN Crew Cab SV - Midnight Edition

Varian ini ditawarkan dalam pakej Midnight Edition dan tampil lebih agresif.

Luaran dan dalaman tampil hitam, sekeliling gril warna hitam kilat, lampu LED penuh, logo belakang hitam, roda hitam 20 inci dan pelbagai lagi.

TITAN XD

Pengguna yang mahukan daya tunda lebih kuat boleh mendapatkan TITAN XD.

Varian ini menggunakan rangka jenis tangga yang diperkukuh dan dikuatkan supaya lebih tegar dan ketegaran torsi lebih tinggi.

 

Nissan TITAN XD

 

TITAN XD mempunyai keupayaan tunda 4228 kg dan beban bawaan sehingga 770 kg. 

Selain itu, dimensi TITAN XD juga berbeza dengan jarak roda lebih panjang iaitu 151.6 inci atau pertambahan sekitar 12 inci, tiga inci lebih tinggi dan 14.8 inci lebih panjang.

Ukuran lebih panjang menyumbang kepada saiz kargo 6.5 kaki sama seperti TITAN King Cab dan satu kaki lebih berbanding TITAN Crew Cab.

 

Nissan TITAN XD

 

Nissan Safety Shield® 360

Kesemua varian TITAN 2023 dilengkapi teknologi Nissan Safety Shield® 360 seperti berikut:

  • Pembrekan Kecemasan Automatik dengan Pengesan Pejalan Kaki
  • Amaran Titik Buta
  • Peringatan Lintasan Trafik Belakang
  • Amaran Penukaran Lorong
  • Bantuan Lampu Puncak
  • Brek Belakang Automatik

Enjin 5.6 liter V8 petrol

 

Nissan TITAN

 

TITAN digerakkan enjin 5.6-liter Endurance® V8 petrol yang berkuasa 400 hp dan daya kilas 560 Nm. Enjin itu dipadan bersama transmisi automatik sembilan kelajuan.

Harga

Berkenaan harga, varian aras mula TITAN S King Cab 4x2 dijual pada $39,700 (RM176,466) dan $65,070 (RM289,236) untuk varian tertinggi TITAN Platinum Reserve Crew Cab 4x4.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Nissan

 

Nissan TITAN PRO-4X