Nissan Townstar - pengganti van komersial NV200, e-NV200

oleh Mohamad Hanif|
Nissan sebelum ini mempunyai produk kenderaan komersial ringan (LCV) yang digelar sebagai NV200 (termasuk model elektrik e-NV200), dan ia kini digantikan dengan generasi baharu LCV yang dinamakan sebagai Townstar yang lebih moden.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Nissan juga turut mengemaskini format penamaan LCV mereka, di mana NV300 kini dinamakan sebgai Primastar, manakala NV400 pula sebagai Interstar.
 

Townstar


Nissan Townstar 2022 boleh didapati dalam versi van komersial dan versi penumpang, serta penawaran trenkuasa konvensional dan juga trenkuasa elektrik.

Versi petrol menampilkan enjin 1.3 liter spesifikasi Euro-6D berkuasa 130 hp dan 240 Nm, sementara versi EV pula didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 122 hp dan 245 Nm, serta jarak pemanduan sejauh kira-kira 283 km.

Dibangunkan menggunakan pelantar CMF-C dari pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, ia kini membawakan reka bentuk yang jauh lebih moden sementara bahagian belakang pula membawakan rekaan yang lebih kurang serupa dengan Mercedes-Benz Citan 2022.
 

TOwnstar


Nissan Townstar kini menampilkan ciri bantuan pemandu termaju seperti bantuan angin lintang (Side Wind Assist), Trailer Sway Assist, brek kecemasan pintar serta sistem pengesan pejalan kaki.

Selain itu, Nissan Townstar juga turut hadir dengan ciri moden seperti brek parkir elektronik, kawalan jelajah adaptif, kamera 360 darjah, serta ciri pemanduan semi-autonomi ProPILOT.

Ruang kabin pula menempatkan skrin bersaiz lapan inci (atau 10 inci untuk model EV), sokongan Apple CarPlay dan Android Auto, slot pengecasan nirwayar, serta perkhidmatan terhubung.
 

Townstar


Ruang storan pula adalah sebesar 4,300 liter, jauh lebih besar berbanding NV200, dengan had muatan sehingga 800 kg dan had menunda sehingga 1,500 kg.

Sementara itu, Nissan Interstar (NV400) menggunakan platform Renault Master dengan enjin 2.3 liter Euro 6D yang boleh didapati dalam tujuh konfigurasi output yang berbeza (110 hp-180 hp), manakala Nissan Primastar a.k.a Nissan NV300 (Renault Trafic) mendapat kemaskini yang lebih menyeluruh seperti gril hadapan baru, lampu LED, rim aloi 17 inci, serta penawaran enjin yang mematuhi regulasi Euro 6D.

 

Nissan Primastar (NV300)