Nissan tunjuk teknologi elak pelanggaran di persimpangan, guna teknologi LIDAR

oleh Muhammad Md Tajudin|
Teknologi bantuan pemanduan termaju Nissan berasaskan LIDAR
Teknologi bantuan pemanduan termaju Nissan berasaskan LIDAR
Sesetengah kereta pada hari ini canggih dilengkapi sistem pembrekan automatik dengan mengesan risiko atau potensi berlakunya kemalangan secara berdepan.

Kemalangan bukan sahaja boleh berlaku dengan kenderaan atau objek di depan tetapi juga di persimpangan jalan.

Sebagai contoh, kenderaan yang keluar dari simpang secara tiba-tiba atau melanggar lampu isyarat. Impak yang berlaku bukan sedikit.

Nissan kini membangunkan teknologi bantuan pemanduan termaju berasaskan LIDAR yang turut mempunyai fungsi pengelakan pelanggaran di persimpangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan LIDAR-based advanced driver-assistance technology

 

Teknologi LIDAR atau Light Detection and Ranging menggunakan denyut laser (laser pulse) bagi menghasilkan pemetaan tiga dimensi.

Pemetaan itu mengandungi kawasan persekitaran seperti bangunan, jalan dan kenderaan dan kemudian digabungkan dengan data lain untuk pemanduan yang selamat.

Nissan telah membuat satu demonstrasi di Jepun bagi menunjukkan keupayaan teknologi yang mampu melakukan gerakan pengelakan pelanggaran secara automatik di persimpangan.

 

Nissan LIDAR-based advanced driver-assistance technology

 

Teknologi itu mempunyai kawalan logik baharu bagi pengelakan pelanggaran di persimpangan berasaskan teknologi cerapan kesahihan lapangan (ground-truth) menggunakan LIDAR generasi baharu.

Sistem akan mengesan ciri-ciri objek seperti kelajuan, lokasi dan potensi risiko berlakunya pelanggaran dari arah sisi.

Sistem itu direka untuk bertindak serta-merta dengan mengaplikasi brek secara automatik atau melepaskannya apabila risiko berjaya dielakkan.

Nissan LIDAR-based advanced driver-assistance technology

Nissan Skyline yang digunakan dilengkapi LIDAR di atas bumbung, sepuluh kamera dan tujuh radar di sekeliling kereta.

Seperti dikatakan, pelanggaran akibat kecuaian pemandu di persimpangan boleh mendatangkan kesan yang besar.

Sistem ini direka bagi menyediakan bantuan pada tahap lebih baik di dalam situasi yang mencabar melalui teknologi penderiaan canggih dan keupayaan pembuatan keputusan.

Penulis: Muhammad Md Tajudin /  Foto: Nissan

 

Nissan LIDAR-based advanced driver-assistance technology

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…
Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…