Nissan turunkan harga LEAF di UK supaya layak dapat subsidi kerajaan

oleh Mohamad Hanif|
Untuk melayakkan para pembeli EV menerima subsidi daripada kerajaan, Nissan sanggup menurunkan harga model kenderaan elektrik Nissan LEAF di UK.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Geran kenderaan plug-in yang telah disemak semula itu disasarkan kepada kenderaan elektrik bernilai bawah £35,000 dengan subdisi yang dihadkan kepada £2,500 sahaja untuk setiap kenderaan.
 

 

 


Oleh sebab itu, harga jualan Nissan LEAF kini bermula dari £25,995 (RM148,576) setelah subsidi dengan penjimatan sebanyak £1,350 (RM7,716), tanpa mengorbankan spesifikasi standard seperti rim aloi 16 inci, kawalan iklim, kluster instrumen digital tujuh inci dan sistem infotainmen lapan inci.

Sementara model-model N-Connecta, 10 Special Version dan Tekna LEAF turut menikmati penurunan harga, masing-masing bermula dari £27,995 (RM160,007), £28,670 (RM163,886) dan £29,995 (RM171,439) termasuk geran plug-in yang disebutkan tadi.
 


Nissan LEAF didatangkan dengan motor elektrik berkuasa 148 hp dan pek bateri 40 kWH yang menawarkan jarak operasi maksimum 270 km, selain menyokong pengecasan pantas DC 50 kW yang mampu mengisi tenaga bateri sehingga 80 peratus dalam tempoh 60 minit sahaja.

Sementara model Leaf e+ (N-Connecta dan Tekna) pula didatangkan dengan motor elektrik yang lebih berkuasa, 214 hp dan pek bateri 63 kWh yang menawarkan jarak operasi sejauh 385 km, dengan masa pengecasan 80 peratus dalam masa 90 minit.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…
Berita Global
Menurut laporan Bloomberg, kos untuk sebuah Model 3 varian permulaan kini bermula dari $38,990 (…
Berita Domestik
"Sampai sekarang, saya tidak pernah dengar malah, tidak pernah ada perbincangan mengenainya,"…