Nissan umum Ambition 2030, sasar 23 model baharu menjelang tahun 2030

oleh Mohamad Hanif|
Nissan baru-baru ini mengumumkan pelan jangka panjang Nissan Ambition 2030 untuk menjadi sebuah syarikat yang benar-benar lestari dan dalam masa yang sama mempercepatkan pelan elektrifikasi barisan modelnya.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Menjelang tahun fiskal 2030, Nissan akan melancarkan sehingga 23 buah model yang dielektrifikasi termasuk 15 buah kenderaan elektrik (EV).

Namun untuk tempoh lima tahun yang akan datang, Nissan akan melabur sebanyak 2 trillion yen bagi mempercepatkan elektrifikasi barisan model sedia ada, dengan tidak kurang daripada 20 buah EV dan model E-Power yang akan dilancarkan.

Ini adalah untuk memastikan menjelang tahun 2026, jumlah jualan model yang dielektrifikasi mencapai sasaran 75 peratus di Eropah, 55 peratus di Jepun, dan lebih daripada 40 peratus untuk pasaran China.
 

Nissan


Sementara untuk pasaran Amerika Syarikat, Nissan mensasarkan penjualan 40 peratus model EV menjelang tahun 2030.

Selain itu, Nissan akan berterusan menambahbaik teknologi bateri lithium-ion sedia ada, dan akan memperkenalkan teknologi bebas kobalt untuk mengurangkan lagi kos produksi bateri sebanyak 65 peratus menjelang tahun 2028.

Pada tahun yang sama, Nissan juga akan melancarkan sebuah EV dengan teknologi bateri jenis solid-state, di mana mereka akan mula menyediakan fasiliti perintis di Yokohama seawal tahun 2024.

Menjelang tahun 2026, Nissan merancang untuk meningkatkan kapasiti produksi bateri global kepada 52 GWh dan 130 GWh menjelang tahun 2030.

Seiring dengan pengumuman itu, Nissan turut memperlihatkan empat model konsep seperti berikut:

  • Nissan Chill-Out - konsep menggunakan platform CMF-EV
  • Nissan Max-Out - sebuah convertible dua tempat duduk
  • Nissan Surf-Out - trak pikap berkuasa elektrik denga prestasi off-road
  • Nissan Hang-Out - disifatkan sebagai ruang hidup mudah alih yang lengkap dengan tempat duduk seakan dalam teater.

 

Nissan Chill-Out


Nissan Max-Out

 

Nissan Surf-Out

 

Nissan Hang-Out

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini bermakna, Nissan mempunyai empat model tambahan untuk diperkenalkan pada masa hadapan…