Nissan X-Trail Mountain Rescue, tayar diganti trek salji, dilengkapi perkakasan keselamatan

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan X-Trail Mountain Rescue
Nissan X-Trail Mountain Rescue
Nissan X-Trail e-4ORCE diubah suai jadi kenderaan salji! Itu yang dibuat Nissan untuk menjadikan X-Trail sebagai kenderaan penyelamat di pergunungan salji.

Model yang dikenali sebagai X-Trail Mountain Rescue menggunakan trek salji, kerusi belakang ditanggalkan untuk pengusung dan kerusi bagi anggota perubatan.

Pada bahagian luar, rak bumbung diletakkan pengusung penyelamatan dan papan peluncur untuk kegunaan penyelamat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan X-Trail Mountain Rescue 2024

 

Turut dipasang, siren, lampu kecemasan dan lampu berkuasa tinggi selain lampu pada jeriji depan.

Sepadan dengan trek salji, dapra depan dan belakang dilebarkan. Bampar depan diubah suai untuk pemasangan winc serta cangkuk tunda depan dan belakang sedia digunakan.

Sebagai sebuah kenderaan salji, X-Trail ini 23 sentimeter lebih tinggi dan pemijak sisi disediakan untuk memudahkan keluar dan masuk kereta.

 

Nissan X-Trail Mountain Rescue 2024

 

Pembangunan dan pembinaan X-Trail Mountain Rescue juga untuk menunjukkan keupayaan sistem pacuan semua roda motor berkembar e-4ORCE yang dilengkapi pada X-Trail.

Berbeza dengan sistem mekanikal tradisional, e-4ORCE mampu bertindak balas terhadap tahap cengkaman yang berbeza dalam masa 1/10,000 saat.

Keupayaan itu boleh dinisbahkan kepada 1,000 kali lebih cepat berbanding sistem pacuan semua roda tradisional.

Pembahagian kuasa juga boleh dilaras kepada roda secara berasingan berdasarkan tahap cengkaman yang ada.

 

Nissan X-Trail Mountain Rescue 2024


Satu lagi ciri menarik ialah, penumpang tidak menyedari sistem e-4ORCE sedang beroperasi dan membantu mereka melalui pelbagai permukaan bumi dengan tenang.

X-Trail Mountain Rescue juga digunakan untuk membantu kempen Ride Responsibly di lima pusat percutian ski di Eropah.

Kaki tangan bertugas akan meletakkan papan isyarat digital supaya pemain salji seperti peluncur memperlahankan kelajuan di curam bagi mengurangkan risiko pelanggaran.

Papan isyarat itu akan mengawasi kelajuan pemain salji dan memaparkan pesanan Thank You kepada yang berhati-hati atau Slow Down sekiranya kelajuan mereka berlebihan.

 

Nissan X-Trail Mountain Rescue 2024

 

X-Trail generasi keempat atau turut dikenali sebagai Rogue sudah memasuki beberapa pasaran utama dunia.

Bergantung kepada pasaran, X-Trail menggunakan rangkaian kuasa e-POWER dengan enjin petrol menjana tenaga elektrik kepada bateri dan motor untuk menggerakkan roda.

Nissan menawarkannya dalam pilihan lima atau tujuh tempat duduk.

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Gambar: Nissan

 

Nissan X-Trail Mountain Rescue 2024