Nissan Z 2021: Lima perkara yang perlu anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Umum mengetahui selain daripada Nissan GT-R, Nissan juga kini sedang mempersiapkan sebuah lagi jentera sports bagi menggantikan Nissan 370Z yang sudah terlalu berusia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Cakap-cakap berkenaan Nissan Z (atau nama cadangan yang diberi Nissan 400Z 2021) sudah pun timbul sejak kebelakangan ini, dan beberapa pengedar di luar negara mendakwa mereka sudah pun melihat dengan sendiri model baharu tersebut. 

Apa yang perlu anda tahu pasal Nissan Z baharu ini?
 

1. Rekaan warisan Nissan Fairlady Z


Walaupun model ujian yang dikesan di Litar Nurburgring beberapa bulan yang lalu membawakan penggayaan yang sama seperti model terkini, namun ia hanyalah sekadar kulit luar. 

Beberapa pengedar yang ditemui mendakwa mereka sudah pun melihat model baharu tersebut yang membawakan beberapa elemen daripada model Nissan Z yang terdahulu seperti:

  • muka hadapan dan lampu utama menyerupai Datsun 240Z
  • lampu belakang ala-ala Nissan 300ZX
     

2. Enjin V6 turbo berkembar


Antara calon enjin yang sesuai untuk diabadikan pada Nissan Z 2021 adalah enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo berkembar (kod nama VR30DDTT) yang diperoleh daripada Infiniti Q50 dan Q60.

Atas kertas, enjin ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 400 kuasa kuda (jadi anda faham kenapa nama 400Z dicadangkan?) akan tetapi ia hanya dipadankan dengan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan pada model sedia ada. 
 

3. Layout FR (enjin hadapan, pacuan roda belakang)


Tidak seperti Nissan GT-R yang memang direka sebagai sebuah jentera pacuan semua roda, Nissan Z masih mengekalkan ciri pacuan roda belakang seperti yang dibawakan pada jentera-jentera terdahulu. 

Walaupun model Infiniti Q60 memang ditawarkan dalam opsyen pacuan semua roda, kemungkinan tersebut tidak akan diaplikasikan pada Nissan Z baharu, ini kerana pesaing-pesaing rapatnya tidak ditawarkan dalam konfigurasi pacuan semua roda. 

Lihat sahaja pada Toyota Supra, dan Ford Mustang.
 

4. Transmisi manual? Doa banyak-banyak.


Seperti yang diterangkan pada item nombor 2, enjin VR30DDTT yang didatangkan pada Infiniti Q60 hanya ditawarkan dengan transmisi automatik tujuh nisbah kelajuan sahaja. 

Namun, Nissan pernah menunjukkan kemungkinan bahawa jentera baharu Z ini bakal ditawarkan dalam transmisi manual berdasarkan model konsep 370Z yang dibawakan pada acara SEMA tempoh hari. 

Model konsep 370Z tersebut didatangkan dengan nadi yang sama VR30DDTT yang dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 
 

5. Harga masih mampu milik?


Nissan Z difahamkan akan dibangunkan berdasarkan platform FM Nissan yang turut sama menghasilkan model premium Infiniti Q60. 

Sebagai rujukan, harga jualan semasa Nissan 370Z bermula dari $31,015 (RM127,116) harga jualan Infiniti Q60 di pasaran luar bermula dari $42,375 (RM173,675), jadi harga jualan bagi Nissan Z 2021 berkemungkinan besar tidak akan lari jauh daripada lingkungan harga tersebut. 

Sumber gambar: Instagram Le Yang Bai

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, rim tempa TE37 Saga S-Plus ini mula diperkenalkan pada tahun 2016 sebagai satu…
Berita Global
Bermula tahun 2027, Lotus akan menjadi sebuah jenama EV sepenuh masa, di mana peranan yang…
Berita Global
Perkara itu disahkan sendiri oleh CEO Honda, Toshihiro Mibe dalam satu temubual oleh laman Autocar…