Nissan Z 2023 lawan GR Supra, Mustang Mach 1 dalam lumba drag, siapa menang?

oleh Mohamad Hanif|
Saat artikel ini ditulis, sudah banyak media luar negara yang menyiarkan laporan masing-masing berkenaan pandu uji model Nissan Z generasi baharu (Z 2023).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada video pandu uji, laman web Hagerty berjaya membariskan model pengganti Nissan 370Z itu dengan dua buah pesaing rapat, iaitu Toyota GR Supra dan Ford Mustang Mach 1.

Untuk menjadikan persaingan lebih adil, ketiga-tiga model tersebut didatangkan dengan transmisi automatik.

Atas kertas, Mustang Mach 1 merupakan jentera yang paling berkuasa (480 hp), namun ia juga merupakan jentera yang paling berat (1,746 kg), diikuti dengan Nissan Z berkuasa 400 hp dengan berat 1,637 kg, dan GR Supra dengan 382 hp namun ia merupakan jentera yang paling ringan (1,519 kg).

Ujian drag yang dijalankan itu menunjukkan dua model Mustang dan Supra melintasi garis penamat pada saat yang sama, namun berdasarkan analisis (dengan sedikit suntingan yang genius dibuat), hos Jason Cammisa menunjukkan model Mustang Mach 1 sebenarnya mempunyai kelajuan yang lebih tinggi, dan menghabiskan perlumbaan drag itu sepantas 12.1 saat dengan kelajuan 193 km/j.
 

Nissan Z


Menurut Cammisa, faktor tayar Bridgestone yang dimuatkan dari kilang menyebabkan Nissan Z terpaksa berpuas hati di tempat ketiga, berbanding Mustang dan GR Supra yang masing-masing hadir dengan tayar Michelin.

Dalam satu seksyen yang lain, dua Nissan Z telah beradu dalam perlumbaan drag yang sama, namun kali ini perbandingan dibuat antara Nissan Z bertransmisi manual melawan Z versi auto.

Tidak ramai yang suka mendengar keputusan perlumbaan drag ini, namun jelas sekali model Z bertransmisi 9AT jauh lebih pantas berbanding model transmisi manual.

Video penuh boleh ditonton pada pautan YouTube di bawah:

 

Sumber: Hagerty

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa yang anda lihat di dalam artikel ini merupakan sebuah Countach LP 400 S tahun 1979 yang…
Berita Global
Ia merupakan satu acara khusus bagi menghargai model-model kereta yang unik dari era 60-an hingga…