Nissan Z 2023 rasmi - 400 hp, 475 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah sekian lama, pesaing sebenar kepada Toyota Supra akhirnya dilancarkan secara rasmi, dan yang paling penting ia masih lagi merupakan model berenjin pembakaran dalaman.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Memperkenalkan, Nissan Z 2023.

Seperti mana yang anda lihat sebelum ini, konsep yang dibawakan pada Nissan Z 2023 tidak banyak jauh bezanya jika dibandingkan dengan Nissan Z Proto yag diperlihatkan, melainkan penambahan spoiler trunklid bagi menjadikan rupa paras Z ini sedikit agresif.
 

Z


Apa yang anda lihat, konsep rekaaan ini banyak memberikan penghormatan buat model-model Z yang terdahulu, seperti contoh rekaan unit lampu, garisan hud enjin yang panjang, gril hadapan berbentuk empat segi, silhouette keseluruhan, serta rekaan lampu belakang.

Dari segi kuasa, Nissan Z didatangkan dengan enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar yang mampu menghasilkan 400 kuasa kuda dan 475 Nm, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan dengan sistem launch control termaju, aci pemacu gentian karbon, serta sistem rev-matching.

Bagi mereka yang masih mahu menjaga kesejahteraan kaki kiri, boleh mendapatkan model Z dengan sistem transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.
 

Z


Tidak cukup dengan enjin yang berkuasa, Nissan juga turut memberikan tumpuan kepada aspek pengendalian, di mana unit penyerap hentakan depan dan belakang diberikan saiz diameter yang lebih besar berbanding model 370Z yang membantu meminimumkan impak kejutan pada permukaan yang tidak rata.

Aspek pengendalian juga turut dibantu dengan sistem suspensi double-wishbone yang menampilkan geometri yang serba baharu, serta sistem stereng berkuasa elektronik yang mampu meningkatkan prestasi di selekoh sebanyak 13 peratus.

Untuk model automatik, terdapat dua mod pemanduan iaitu Standard dan juga Sport, di mana mod Sport menawarkan kawalan pecutan yang dipertingkatkan, profil stereng yang lebih sporti, sistem peningkatan bunyi aktif, serta kawalan dinamik yang lebih sporti.
 

Z


Sistem pemberhentian Nissan Z pula didatangkan dengan angkup aluminium empat omboh di hadapan, serta angkup dua omboh di belakang.

Varian tertinggi Performance dilengkapi dengan rim bersaiz 19 inci itu dibaluti dengan getah bersaiz 255/40 di hadapan dan 275/35 (varian asas dapat rim 18 inci, tayar 245/45) serta LSD jenis klac mekanikal.

Selain itu, Nissan juga bakal menawarkan varian Z Proto Spec yang didatangkan dengan angkup brek kuning, roda gangsa, serta tempat duduk kulit dengan aksen kuning dan jahitan warna serupa, di mana hanya 240 unit sahaja yang akan ditawarkan.
 

Z


Kemasan ruang kabin membawakan tema retro, terdiri daripada skrin kluster digital bersaiz 12.3 inci, gugusan meter analog yang bertenggek di atas skrin infotainmen yang memaparkan bacaan tekanan boost, kelajuan turbo dan juga voltan.

Dari segi keselamatan, Nissan Z menawarkan ciri seperti brek kecemasan automatik dengan pengesan pejalan kaki, amaran titik buta, amaran keluar laluan, kawalan jelajah adaptif, serta amaran lintasan trafik belakang.

Harga jualan rasmi tidak didedahkan, namun ia dijangka membawakan harga bermula sekitar $40,000 (RM169,580),

 

Berita Berkenaan

Berita Global
SUV dengan lampu Z ini adalah produk sebenar yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar Nissan Gakuen…
Berita Global
Seperti biasa, berbondong-bondong syarikat penala dan barangan aftermarket yang mula menawarkan…
Informasi
NISSAN Z PROTO   Legasi perlu diteruskan dan sesuatu yang seronok untuk didengar ialah jualan…